TV Alhijrah padam posting hina Najib



Stesen TV Alhijrah hari ini mendapat perhatian warganet apabila memuat naik satu artikel yang menghina dan merendah-rendahkan mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Datuk Seri Najib yang kini menjadi 'trending' di media sosial kini sentiada diekori oleh warganet bagi mengikuti perkembangannya.

Jangan tersalah jolok, pasti peminat Ahli Parlimen Pekan itu akan ke hadapan mempertahankannya dan tidak mustahil mereka yang ingin mencuba itu akan menjadi 'lauk' dikerjakan mereka.




Itulah yang terjadi kepada TV Alhijrah dan wartawannya yang lunyai dikerjakan oleh peminat Datuk Seri Najib yang juga mesra dipanggil dengan DSN.

Terbaru stesen TV Alhijrah terpaksa mengaku kalah dengan memadam artikel yang dikongsikan, dan wartawannya pula terpaksa mengubah setting akaun facebooknya kepada 'private' yang kini ia tidak boleh lagi diakses oleh orang ramai.

Itulah padahnya jika cuba menjolok sarang tebuan.

Stesen TV Alhijrah itu sebelum ini ditubuhkan oleh kerajaan Barisan Nasioanl pada 1 Disember 2010 dan dirasmikan sendiri oleh Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu menjadi perdana menteri.



Ia merupakan stesen tv pertama di Malaysia yang menawarkan program-program televisyen berdasarkan perspektif Islam dan menjadi medan dakwah kepada para daei yang menyasarkan golongan belia Islam sebagai penonton utamanya.

Malangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjadikan stesen tv itu sebagai alat untuk berpolitik.

Perbuatan stesen tv itu yang menyerang Najib adalah satu tindakan yang tidak mengenang budi kerana semua kakitangan di sana dapat menyara keluarga, dapat hidup dengan selesa tanpa perlu meminta sedekah adalah kerana secara tidak langsung jasa bekas perdana menteri itu yang menubuhkan institusi tersebut.

Janganlah menjadi seperi anjing yang menggigit tangan yang memberinya makan. – AbuLeman



TV Alhijrah padam posting hina Najib TV Alhijrah padam posting hina Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 24, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...