TV Alhijrah ambil tindakan terhadap wartawan hina Najib



Setelah lama berdiam diri akhirnya stesen TV Alhijrah tampil mengeluarkan satu kenyataan di halaman facebook rasminya milik mereka.

Menurut kenyataan umum dan ringkas itu, lembaga pengarah stesen tv itu bakal mengenakan tindakan terhadap wartawan dan mereka yang terlibat dalam tindakan menghina mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul razak semalam.

"BOD TV AlHijrah akan ambil tindakan tatatertib terhadap semua pegawai yang bertanggungjawab melanggar etika & dasar TV AlHijrah sebagai sebuah media dakwah."

Sebelum ini satu hantaran perkongsian artikel dimuat naik ke halaman facebook rasmi TV Alhijrah yang mengandungi penghinaan kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.




Artikel itu ditulis dengan pengolahan dan menggunakan perkataan tidak beradab dan yang tidak sepatutnya diucapkan kepada bekas perdana menteri yang telah banyak berjasa kepada negara. Apatah lagi penghinaan itu datang dari stesen tv yang terkenal sebagai media dakwah.

Stesen tv itu mendapat kecaman dari warganet sehingga posting tersebut terpaksa dipadam lewat malam semalam.

Bagaimanapun ramai yang rata-rata mempersoalkan kenyataan yang dibuat terlalu ringkas dan umum itu kerana boleh jadi ia tidak ditujukan kepada isu wartawan yang telah menghina Najib semalam.

Dalam kenyataan ringkas itu juga tiada permohonan maaf dibuat terhadap Datuk Seri Najib. – AbuLeman



ARTIKEL BERKAITAN :

Wartawan TV Alhijrah biadab dikesan

TV Alhijrah padam posting hina Najib
TV Alhijrah ambil tindakan terhadap wartawan hina Najib TV Alhijrah ambil tindakan terhadap wartawan hina Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 25, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...