SERBU: Tukang masak Ameer Corner bukan Islam, kambing tidak halal, terlalu kotor



Restoran Ameer Corner yang sebelum ini menjadi terkenal di media sosial kerana isu pekerjanya ditampar akibat dari menegur perbuatan merokok mula mendapat perhatian netizen.

Selepas pemilik restoran membuat laporan polis dari serangan itu, identiti pemiliknya telah diketahui umum yang beliau bukanlah seorang yang beragama Islam.

Pemilik dilihat cuba mengaburi orang ramai dengan meletakkan daftar syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang kononnya dimiliki oleh seorang pemilik Islam dan seorang pemilik bukan Islam. Padahal di luar restoran, papan tandanya jelas menyatakan restoran itu dimiliki oleh Sri Muda Corner Holdings (M) Sdn Bhd (651691-A)

Apabila diperiksa, kesemua pemilik syarikat itu bukanlah dimiliki orang Islam sama sekali.












Restoran itu didapati menggunakan hiasan dan penampilan yang menunjukkan seolah-olah ia dimiliki dan dikendalikan oleh orang Islam. Ayat-ayat Al-Quran juga turut digantung bagi meyakinkan pelanggan yang datang menjamu selera.

Namun hari ini terbongkar bahawa semua pekerja di Restoran Ameer Corner adalah bukan beragama Islam termasuk tukang masaknya malah setelah pemeriksaan dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), status daging kambing yang diperolehi juga diragui kehalalannya kerana dibeli dari pembekal yang tidak mempunyai sijil halal.

Restoran itu juga didapati menggantung suatu bungkusan kuning dipanggil 'pooja' dipercayai alat untuk upacara sembahan.



ARTIKEL BERKAITAN : Netizen berterima kasih kepada abang yang tampar pekerja Ameer Corner

Restoran itu sangat berminyak, berdaki dan disifatkan terlalu kotor hingga tidak sesuai untuk menjalankan perniagaan makanan dan minuman.

Rata-rata netizen mengecam tindakan pemilik yang menipu di dalam perniagaannya itu selain merasa loya kerana pernah mengisi perut dan membasahkan tekak di restoran tersebut.

Berikut adalah laporan yang tular dipercayai dari hasil pemeriksaan JAIS terhadap Restoran Ameer Corner. – AbuLeman



Tarikh pemeriksaan: 6/1/ 2019
Tempat: Restoran Ameer Corner, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor.

Anggota pemeriksaan:

1. Tiga orang pegawai Bahagian Pengurusan Halal, JAIS.

2. Enam Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor.

• Pp Ziyad
• Pp Liyana
• Ppp Shahrul Izuan
• Pmp Tk Norazman
• Pmp Amer
• Pmp Firdaus
• Pemandu - En Rahman

3. Empat orang Pegawai Penguatkuasa Agama JAIS.


Ringkasan keterangan siasatan:

Pemeriksaan bersepadu telah dijalankan di Restoran Ameer Corner di Shah Alam pada jam 11.00 pagi berdasarkan atas maklumat yg tular di laman sosial (Whatsapp) dan Facebook ke atas premis yang pemiliknya bukan Islam tetapi mengelirukan masyarakat Islam dengan menggantung ayat-ayat Al-Quran.


Hasil pemeriksaan mendapati:

• Merujuk kepada SSM premis mendapati premis dimiliki oleh dua pemilik iaitu seorang beragama Islam dan seorang beragama Hindu.

Kesemua pekerja beragama Hindu termasuk tukang masak dan hanya 2 pekerja Islam.

• Kebersihan premis di tahap sangat tidak memuaskan dan terlalu kotor di bahagian pemprosesan.

• Bahan mentah, pingan mangkuk, bekas minuman, peralatan memasak diletakkan terus di atas lantai.

• Lantai berlubang dan pecah. Juga terdapat lubang terus ke longkang di bahagian dapur.

• Lantai terlalu berminyak dan tidak mempunyai gris trap.

• Kebanyakan peralatan di dapur terlalu kotor dan berdaki.

• Produk daging kambing didapati dari pembekal yang tidak mempunyai sijil halal dan tidak berlabel.

• Papan tanda premis menggunalan tulisan jawi (mengelirukan).

• Menjual rokok di kaunter.

• Menggantung ayat Al-Quran di belakang kaunter dan di sebelah ayat Al-Quran terdapat bungkusan kuning yang tergantung dipercayai 'pooja' iaitu alatan untuk upacara sembahan.

• Menggunakan produk yang menggunakan logo halal yang tidak sah di kawasan proses.

• Menjual produk makanan yang menggunakan logo halal generic.

Semasa pemeriksaan telah mendapatkan keterangan daripada seorang pengurus premis. Kedua-dua pemilik tiada di premis.


Tindakan penguatkuasaan:

1. Wakil premis diarahkan menutup tulisan jawi pada papan tanda premis.

2. Wakil premis diarahkan serta merta utk tidak menjual produk makanan yang menggunakan logo halal generic.

3. Premis diarah menurunkan dan tidak menggunakan ayat Al-Quran di premis sehingga memiliki sijil halal.

4. Premis diarah mendapatkan bekalan daging dari pembekal yang mempunyai sijil halal.

5. Perkara 1 hingga 4 perlu dipatuhi dalam tempoh 7 hari dan jika gagal tindakan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) APD 2011 akan diambil.

6. Pemilik premis diarahkan hadir ke Bahagian Pengurusan Halal JAIS pada 7/1/19 utk memberi keterangan.

7. Tindakan penguatkuasaan telah diambil oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS di bawah Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah 1995 kerana menyebabkan agama Islam dipandang hina utk tindakan pendakwaan.

Sumber laporan- JAIS
SERBU: Tukang masak Ameer Corner bukan Islam, kambing tidak halal, terlalu kotor SERBU: Tukang masak Ameer Corner bukan Islam, kambing tidak halal, terlalu kotor Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 08, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...