TMJ tidak muncul dipertemuan Sultan Johor, Mahathir



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, semalam.

Ia merupakan kunjungan rasmi pertama Dr Mahathir sejak menjadi Perdana Menteri pada Mei tahun lalu.

Beliau tiba di perkarangan Istana Bukit Serene kira-kira jam 4.00 petang dan disambut oleh Tuanku Sultan Ibrahim serta DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Dato’ Osman Sapian dan Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Azmi Rohani.

Walau bagaimanapun dalam sesi pertemuan itu kelibat anakanda baginda sultan, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris (TMJ) tidak kelihatan di dalam mana-mana gambar atau rakaman video yang dikongsikan.

Tidak seperti lawatan bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebelum ini di mana beliau telah disambut oleh kedua keluarga diraja ini di banyak acara.






Keadaan ini menjadi tanda tanya ramai warganet kerana amat jarang sekali TMJ tidak bersama baginda sultan jika ada pemimpin kerajaan yang datang mengadap, apatah lagi jika pemimpin itu adalah perdana menteri.

Jika diperhatikan kedatangan Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak perempuannya Ahli Parlimen Permatang Pauh juga turut disambut oleh TMJ dengan wajah yang ceria.







Hatta kedatangan Ahli Parlimen Padang Rengas Dato' Sri Nazri Aziz juga turut dihadiri oleh TMJ walaupun ketika itu hanya sekadar untuk menjernihkan suasana.



Sebelum ini TMJ beberapa kali mengkritik corak pentadbiran Mahathir yang dilihat menyimpang seperti keghairahan beliau untuk membina kembali jambatan bengkok dan campur tangan Mahathir di dalam isu Pulau Kukup sehingga TMJ menyatakan Mahathir telah nyanyuk.

Tuanku Sultan Ibrahim meluangkan masa lebih satu jam bersama Dr Mahathir membincangkan pelbagai perkara yang dirahsiakan sebelum diraikan dalam satu majlis santapan ringkas.

Selesai pertemuan itu, Baginda turut berkenan menghantar Dr Mahathir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai menaiki sebuah Proton Saga edisi pertama yang dihadiahkan kepada Almarhum Sultan Iskandar pada tahun 1985 yang mana pada ketika itu ada kejadian lucu dan memalukan berlaku tanpa dirancang di mana Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian malu alah apabila tidak dapat menaiki kereta bersama baginda sultan dan perdana menteri. – AbuLeman


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
TMJ tidak muncul dipertemuan Sultan Johor, Mahathir TMJ tidak muncul dipertemuan Sultan Johor, Mahathir Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 11, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...