Timbalan menteri serang, ugut jentera BN kerana kantoikan PH guna kenderaan kerajaan



SEORANG timbalan menteri Pakatan Harapan (PH) berang selepas jentera Barisan Nasional (BN) didakwa mendedahkan kesalahan yang dilakukan oleh pihaknya.

Sebelum ini jentera PH didapati telah menyalahgunakan kenderaan kerajaan untuk berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highland.

ARTIKEL BERKAITAN: PH kantoi guna kenderaan kerajaan untuk kempen

Di satu video rakaman orang awam mendapati bendera Pakatan Harapan dilekatkan pada kenderaan milik kerajaan negeri Pahang dalam kempen itu semalam.

Dalam satu rakaman video yang lain pula, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah Raja Puji datang ke penginapan Umno Rompin dan mula menyerang jentera BN dengan maki hamun.

Timbalan menteri dilihat sukar mengawal kemarahannya dan cuba memukul jentera BN yang ada di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Timbalan menteri bertindak samseng tahan kenderaan calon BN

Di dalam video itu juga seorang individu berbaju merah mengaku sebagai anggota polis dilihat bekempen untuk PH di PRK Cameron Highland. Netizen mendesak pihak Polis Diraja Malaysia agar mengambil tindakan ke atas anggota polis tersebut.

Sementara itu difahamankan pihak BN telah membuat laporan polis berhubung insiden itu bagi menjamin keselamatan jentera BN yang telah diugut oleh timbalan menteri dan jentera-jentera PH. – AbuLeman


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]


Timbalan menteri serang, ugut jentera BN kerana kantoikan PH guna kenderaan kerajaan Timbalan menteri serang, ugut jentera BN kerana kantoikan PH guna kenderaan kerajaan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 21, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...