Timbalan menteri bertindak samseng tahan kenderaan calon BN



SEORANG timbalan menteri hari ini benar-benar menjadi perhatian warganet apabila beberapa videonya berlagak samseng tular di media sosial.

Video terbaru yang diperolehi ini menunjukkan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah Raja Puji sedang bertindak samseng dengan menahan kenderaan yang dinaiki calon Barisan Nasional Ramli Mohd. Nor.

Timbalan menteri itu mula mempertikaikan mengapa kenderaan kerajaan yang disalahgunakan oleh pihaknya untuk berkempen itu didedahkan kepada masyarakat.

Menurutnya itu adalah haknya untuk menggunakan kenderaan kerajaan atas tujuan apa sekalipun. Ia bukan urusan jentera BN untuk mendedahkan. Jika tidak berpuas hati boleh lapor kepada pihak berkuasa, katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Timbalan menteri serang, ugut jentera BN kerana kantoikan PH guna kenderaan kerajaan

Sebelum ini video timbalan menteri itu dirakam ketika menyerang jentera Barisan Nasional di penginapan Umno Rompin. Timbalan menteri itu dilihat sangat beremosi dan tidak stabil, tidak dapat mengawal kemarahannya dan cuba memukul beberapa orang jentera BN yang dipercayai telah mendedahkan kesalahannya menggunakan kenderaan kerajaan.

Turut bersamanya di dalam setiap video itu seorang yang berbaju merah yang sering mengaku sebagai anggota polis juga didapati didapati mengugut jentera BN dan calon BN Ramli Mohd. Nor dengan menggunakan jawatannya sebagai penguat kuasa.

Rata-rata Warganet tidak berpuas hati dengan tindakan kedua timbalan menteri dan anggota polis itu mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas mereka dengan menahan dan menyiasat ugutan dan serangan yang dilakukan selain meminta mengambil tindakan di atas salah guna kuasa serta kesalahan menggunakan kenderaan kerajaan untuk berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highland. – AbuLeman


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Timbalan menteri bertindak samseng tahan kenderaan calon BN Timbalan menteri bertindak samseng tahan kenderaan calon BN Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 21, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...