Tiada orang tak boleh disentuh undang-undang, termasuk raja – Tun M



PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan komited kepada kedaulatan undang-undang, mengatakan tiada orang, termasuk raja, tak boleh disentuh undang-undang.

“Tiada peruntukan yang mengecualikan mana-mana orang daripada kedaulatan undang-undang,” kata perdana menteri dalam catatan pertama di blognya tahun ini.

“Ada mahkamah khas untuk raja-raja tetapi undang-undang sama seperti undang-undang yang dikenakan ke atas orang kebanyakan. Raja-raja juga mesti menghormati undang-undang.”

Beliau berkata Pakatan Harapan berbeza daripada pentadbiran dulu yang dituduh menyalahgunakan undang-undang yang menindas rakyat dan mendedahkan mereka kepada ketakutan.

“Undang-undang asas adalah Perlembagaan. Ia kanun tuntas yang menentukan struktur perundangan dari Yang di-Pertuan Agong kepada raja-raja negeri, kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dan badan-badan yang diberi kuasa untuk memerintah dan menguatkuasa,” katanya.

Beliau rasa terganggu melihat pelanggaran undang-undang dengan menggunakan kekebalan, tetapi tidak memberi penjelasan lanjut.

“Akibatnya boleh diramal. Rakyat menderita kerana ketidakadilan. Perniagaan tidak boleh dilakukan dengan betul. Hartanah dirampas. Tindakan-tindakan luar biasa dan menyalahi undang-undang telah dilakukan,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata aduan orang ramai terhadap tindakan-tindakan seperti itu berasas dan tidak melanggar mana-mana undang-undang.

“Ia tidak akan dianggap sebagai menghasut. Ia akan dianggap sebagai kebebasan bersuara. Rakyat boleh melaporkan perkara-perkara itu atau bercakap mengenainya secara terbuka.” - FMT
Tiada orang tak boleh disentuh undang-undang, termasuk raja – Tun M Tiada orang tak boleh disentuh undang-undang, termasuk raja – Tun M Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...