Ahli Majlis Pontian tetap berpendirian Pulau Kukup telah dirampas oleh Istana Johor



Ahli Majlis Perbandaran Pontian, Kamarul Ariffin Harris Fadzillah dari DAP memadamkan hantarannya di Facebook berhubung catatannya mengenai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Pulau Kukup selepas laporan polis dibuat terhadapnya.

Dalam hantaran terbarunya di Facebook, Kamarul Ariffin berkata beliau memadamkan hantaran itu atas nasihat rakan dan keluarga.

“Saya akui saya sendiri telah menulis posting tersebut dalam keadaan waras dan perkara tersebut adalah pandangan peribadi saya dan tidak ada kena mengena dengan pihak-pihak yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN : Ingat aku takut ke dengan TMJ? – Ahli Majlis Daerah Pontian

“Saya menulis dan memadamkan posting tersebut di atas kerelaan saya sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.

“Akan tetapi, saya tetap dengan pendirian saya dan tidak akan berganjak walau seinci pun di dalam isu Pulau Kukup yang telah saya bangkitkan semalam. Pada pandangan saya, Pulau Kukup perlu diselamatkan dari sebarang kepentingan individu ataupun persendirian,” katanya.

Menurut Kamarul Ariffin, laporan polis telah dibuat terhadapnya dan beliau sedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN :

PULAU KUKUP: Mahathir dah nyanyuk – TMJ

TMJ: Kenapa Mahathir masuk campur isu tanah Pulau Kukup, tetapi tidak isu tanah kuil Seafield?

“Saya memohon maaf kepada pihak-pihak yang mungkin terluka atau terguris dengan kata-kata saya namun apa yang saya lakukan ini adalah demi kepentingan Pulau Kukup dan tidak ada kepentingan peribadi dari pihak saya,” katanya.

Dalam postingnya sebelum ini, Kamarul mempersoalkan sama ada permohonan maaf TMJ baru-baru ini untuk mengalihkan perhatian orang ramai berhubung isu Pulau Kukup. Beliau juga menggesa agar tanah berkenaan "dipulangkan kepada rakyat"

Laporan polis yang dibuat terhadap Kamarul mendakwa beliau menghina institusi diraja Johor. - MK
Ahli Majlis Pontian tetap berpendirian Pulau Kukup telah dirampas oleh Istana Johor Ahli Majlis Pontian tetap berpendirian Pulau Kukup telah dirampas oleh Istana Johor Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...