TERKINI: Penipuan pemilihan, ROS bakal bubar PKR



KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bakal menggantung Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana telah berlaku penipuan di dalam pemilihan partinya baru-baru ini.

Perkara ini didedahkan oleh Azman Noor Adam di akaun facebook miliknya yang tersebar di media sosial.

Menurut Azman yang juga adik kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam, ROS bakal menggantung pendaftaran PKR kerana pemilihan parti itu dipercayai penuh dengan kekecohan dan penipuan.

Azman yang mendakwa menerima maklumat dari sumber dalaman berkata, dengan penggantungan parti itu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi lemah dan sekaligus membantutkan peluangnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Azman turut mendakwa sejurus selepas digantung, sebahagian Ahli Parlimen PKR yang berbangsa Melayu bakal melompat masuk ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad manakala Ahli Parlimen yang berbangsa Cina dan India pula akan melompat masuk ke Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang kini memiliki kerusi kedua terbanyak di dalam Pakatan Harapan (PH).

Maklumat ini dikatakan mempunyai asasnya dengan realiti pelbagai kepincangan yang telah berlaku ketika pemilihan PKR tempoh hari.

Sebelum ini beberapa individu telah ditahan ketika berlangsungnya pemilihan PKR dengan pelbagai kesalahan seperti bergaduh dan merusuh, meminta dan memberi rasuah, sabotaj dan penipuan.

Jika terbukti berlaku penipuan, tidak mustahil ROS akan menggantung bahkan parti itu mungkin berdepan dengan tindakan yang lebih berat seperti dibubar. – AbuLeman


TERKINI: Penipuan pemilihan, ROS bakal bubar PKR TERKINI: Penipuan pemilihan, ROS bakal bubar PKR Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...