TERKINI: Pengerusi PTPTN, Wan Saiful dipecat



Bersatu Perlis mengambil keputusan untuk memecat Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan daripada jawatan setiausaha parti negeri itu.

Pengerusinya, Ameir Hassan berkata keputusan itu diambil setelah mengambil kira tahap komitmen yang diberikan oleh Wan Saiful terhadap Bersatu Perlis.

“Dia digugurkan kerana dia sibuk sangat dalam kemelut PTPTN. PTPTN tu berat dan banyak kerja dan kerja-kerja (parti) tak diselaraskan, kita tak mahu bebankan dia (Wan Saiful).

“Bila saya tengok ada permasalahan komunikasi dan sebagainya kerana dia terlalu sibuk dengan PTPTN, jadi biarlah dia selesaikan, tak adil bagi beban berlebihan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurut Ameir, keputusan itu diambil dua hari lalu pada mesyuarat khas Bersatu negeri.

“Kita bincang dalam mesyarat perhubungan negeri, dua hari lepas. Dia tak ada dalam mesyuarat tu.

ARTIKEL BERKAITAN : Wan Saiful dedah Bersatu amal rasuah, salah guna kuasa

“Kita juga tak maklumkan pada dia kerana kuasa melantik dulu pun adalah kuasa pengerusi negeri, jadi saya lantik dia (dulu) pun tak bincang dengan dia. Cuma bagitahu dia saja, nak lantik dia,” katanya.

Ameir berkata, surat pemakluman pemecatan tersebut juga telah dihantar kepada Wan Saiful.

Katanya, buat masa ini, jawatan tersebut akan dipangku pimpinan Bersatu negeri.

Ameir juga turut menafikan pemecatan tersebut berpunca daripada masalah dalaman parti.

“Bukan masalah dalaman, kalau ada yang sebut masalah dalaman, itu cuma pembangkang yang nak laga-lagakan kita,” katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Wan Saiful dan sedang menunggu maklum balas daripadanya. - MK
TERKINI: Pengerusi PTPTN, Wan Saiful dipecat TERKINI: Pengerusi PTPTN, Wan Saiful dipecat Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 07, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...