Tengku Abdullah bakal ditabal sebagai Sultan Pahang yang baharu?



KUALA LUMPUR 9 Jan.- Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mungkin akan ditabalkan sebagai Sultan Pahang bagi membolehkannya menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Untuk itu, Institusi diraja Pahang akan mengadakan mesyuarat minggu ini bagi membincangkan hasrat tersebut dan sekiranya diterima Tengku Abdullah akan ditabalkan sebagai Sultan Pahang, Jumaat ini.

Menurut sumber, perbincangan itu hanya akan dihadiri ahli keluarga terdekat dan penasihat mereka malah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sedia maklum mengenai perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN : SAHIH: Agong letak jawatan sebentar tadi



“Jika cadangan itu diterima ia akan membuka jalan untuk Tengku Abdullah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong berdasarkan sistem pusingan.

“Berdasarkan sistem tersebut giliran Pahang menjadi Yang di-Pertuan Agong selepas Kelantan dan kami ingin menghormatinya,”katanya seperti dilaporkan akhbar New Straits Times.

Tambah laporan tersebut, di bawah perlembagaan Pahang penggantian boleh dilakukan sekiranya Sultan bersetuju melepaskan hak dan kuasanya. - UO
Tengku Abdullah bakal ditabal sebagai Sultan Pahang yang baharu? Tengku Abdullah bakal ditabal sebagai Sultan Pahang yang baharu? Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 09, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...