Tender diberi dengan cabutan undi macam Sport Toto – Khalid Samad


Bukankah sepatutnya tender diberi kepada yang layak. Main cabut macam sport toto tu kena pada yang layakkah?

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad menafikan dakwaan yang menuduh beliau dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Nor Hisham Ahmad Dahlan menganugerahkan projek membersihkan sungai tanpa melalui proses tender yang telus.

Dalam perjumpaan dengan media hari ini, Khalid berkata bagi projek-projek yang mempunyai lebih daripada satu pembida, cabutan nombor biasanya akan dilakukan bagi memilih kontraktor.

"Ia dibuat melalui cabutan. Cabutan maknanya macam Sports TOTO, ambil nombor ini, masuk panel dia pusing-pusing keluar," katanya dan menegaskan bahawa proses tender bagi projek itu dilakukan dengan telus.



Khalid berkata demikian sebagai mengulas dakwaan penulis blog Zaharn Mohd Yasin yang menuduh beliau menganugerahkan projek pembersihan sungai itu dengan tidak melalui proses yang telus.

Penulis blog itu sebelum ini memuat naik di media sosial senarai kontraktor yang dikatakan dianugerahkan kontrak membersihkan sungai dan tasik di Kuala Lumpur.

Khalid turut berkata bahawa pihaknya akan menyaman penulis blog berkenaan berhubung tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Selain itu, Khalid turut mempersoalkan sama ada berlaku kebocoran maklumat dari pihak dalaman sehingga senarai kontraktor berkenaan disebarkan.



"Sekirannya ia betul (berlaku kebocoran maklumat dari dalam), maknanya ada masalah serius kebocoran dari dalaman dan perkara ini saya dah minta Datuk Bandar untuk siasat siapa yang keluarkan dan dari mana dia dapat senarai itu," katanya.

Tambah Khalid, mengikut yang difahamkan kepadanya, proses cabutan berkenaan dibuat bagi memecahkan "kartel" yang dikawal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam menganugerahkan kontrak.

"Apa yang kita telah buat kita sebenarnya nak pecahkan kartel yang dimasuki DBKL ini, dan ini merupakan antara matlamat saya sebagai Menteri Wilayah," katanya. - MK
Tender diberi dengan cabutan undi macam Sport Toto – Khalid Samad Tender diberi dengan cabutan undi macam Sport Toto – Khalid Samad Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 31, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...