TEKSI: Ibarat kais pagi makan pagi...



MARANG - Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang adalah perumpamaan sesuai diberikan kepada pemandu teksi di negeri ini selepas kewujudan perkhidmatan e-hailing atau Grab.

Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud (LTASM), Abu Bakar Yusof, 72, berkata, nasib mereka ketika ini lebih teruk berbanding dua tahun yang lalu.

Menurutnya, lebih memburukkan lagi keadaan apabila kehadiran pelancong yang semakin hari semakin berkurangan di LTASM selain mereka perlu bersaing dengan perkhidmatan Grab.

"Keadaan ini menjejaskan lagi periuk nasi pemandu teksi yang sememangnya sudah hampir tenat. Keadaan ini bermula sejak dua tahun lalu. Sekarang ramai yang pulang dengan tangan kosong.

"Pemandu teksi kena tanggung kos minyak, makan dan kerosakan. Memang jauh beza dua tahun dulu dengan sekarang. Kalau dulu RM100 sehari boleh juga dapat,” katanya.

Abu Bakar berkata demikian selepas berakhirnya Program Siaran Langsung bersama Sinar Harian di Pejabat Sinar Harian Kuala Terengganu, semalam. Hadir sama, Setiausahanya, Aziz Mamat.

Sementara itu, Aziz yang sudah lebih 20 tahun bekerja sebagai pemandu teksi pula, berkata, hanya pekerjaan itu menjadi sumber pendapatan utama untuk menyara keluarga lebih dua dekad lalu.

Menurutnya, ketika ini pendapatan bulanan kurang daripada RM900 dan jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan dan lebih terbeban mereka tidak menerima apa apa bantuan.

“Kalau dulu dapat juga bantuan BR1M, walaupun kami tidak bergantung sepenuhnya dengan bantuan itu tetapi ia dapat juga membantu mengurangkan sedikit bebanan kami pemandu teksi ini, " katanya.

Sehubungan itu, mereka berharap agar kerajaan negeri dapat memberikan perhatian seterusnya mencari jalan bagi membantu kumpulan berkenaan agar nasib pemandu teksi di negeri ini lebih terbela. - SH
TEKSI: Ibarat kais pagi makan pagi... TEKSI: Ibarat kais pagi makan pagi... Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 10, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...