Tak pernah janji Tun M jadi PM 2 tahun – Saifuddin



Macai Anwar kalau tak faham maksud Saifuddin, dia nak kata, Anwar tak payah la jadi PM, biar Mahathir jadi PM sampai mati.

Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Saifuddin Abdullah hari ini berkata tempoh Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.

Sebaliknya kata Menteri Luar itu PH cuma membuat keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diangkat ke jawatan tersebut selepas Dr Mahathir.

"PH cuma mempunyai keputusan dan perjanjian bahawa selepas Tun M (Dr Mahathir), Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah perdana menteri seterusnya. Kita tidak bincangkan tempoh kerana mereka saling memahami.

ARTIKEL BERKAITAN :

Perwakilan usul Tun Mahathir kekal Perdana Menteri sepenggal

Tun M kekal PM sampai PRU15 cadangan terbaik – Mukhriz

"Mereka (Dr Mahathir dan Anwar) juga adalah tokoh besar yang seharusnya dapat menentukan waktu terbaik untuk peralihan kuasa dan sebagainya," katanya ketika ditanya sama ada wujud perjanjian konkrit Dr Mahathir hanya menjadi perdana menteri selama dua tahun.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Indera Mahkota ditemui pemberita selepas beramah mesra dan memberikan motivasi kepada pelajar Tingkatan Enam semester dua di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Astana, di Kuantan.

Isu peralihan kuasa itu kembali timbul selepas beberapa perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berbahas pada perhimpunan agung parti hujung minggu lalu mengusulkan agar Dr Mahathir dibenar berkhidmat satu penggal penuh. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN : Persoalan Anwar menjadi PM tak penting – Hishamuddin Rais
Tak pernah janji Tun M jadi PM 2 tahun – Saifuddin Tak pernah janji Tun M jadi PM 2 tahun – Saifuddin Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 01, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...