Sultan, Raja-raja mesyuarat khas tentu Agong baharu



SULTAN dan Raja-raja mulai berkumpul di Istana Negara, hari ini dipercayai menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja-raja bagi membincangkan soal pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

Ia susulan Sultan Muhammad V mengumumkan peletakan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa serta merta, semalam.

Antara kenderaan rasmi yang dilihat memasuki Istana Negara adalah kenderaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama kenderaan pengiring serta polis.

ARTIKEL BERKAITAN : SAHIH: Agong letak jawatan



Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam kenyataan semalam berkata, peletakan jawatan baginda itu selaras Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Berikutan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong, Ketua Negara baharu perlu dipilih untuk negara.

Mengikut amalan, Yang di-Pertuan Agong dipilih berdasarkan sistem penggiliran setiap lima tahun mengikut negeri.

ARTIKEL BERKAITAN : 'Agong terlalu sibuk berzina', Pengurus syarikat Cisco diburu



Menurut senarai, giliran seterusnya adalah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, namun takhta baginda kini dipangku anaknya Tengku Abdullah.

Jika Majlis Raja-raja tidak boleh memilih Sultan Ahmad Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu, giliran seterusnya adalah Johor yang diperintah Sultan Ibrahim Iskandar.

Bagaimanapun, Seksyen 1 Bahagian I Jadual Ketiga Perlembagaan menyebut syarat seseorang Raja akan dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ialah dewasa, tidak menolak untuk dipilih selain tidak ditolak Majlis Raja-raja. - HM
Sultan, Raja-raja mesyuarat khas tentu Agong baharu Sultan, Raja-raja mesyuarat khas tentu Agong baharu Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 07, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...