Sultan Muhammad V bakal menamatkan tugas sebagai Agong lebih awal?



Telah tular satu khabar yang mengejutkan sejak semalam bahawa Sultan Muhammad V bakal menamatkan tugasan sebagai Yang Dipertuan Agong lebih awal atas sebab-sebab tertentu yang tidak diketahui.

Perkara ini dikatakan tertiris selepas Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu yang membincangkan perihal itu.

Ini menjadikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sebagai pengganti namun baginda telah menyatakan hasratnya untuk menolak perlantikan sebagai Yang Dipertuan Agong atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan beliau menjalankan tugas sebagai Agong dengan baik.



Justeru itu, giliran seterusnya sepatutnya jatuh kepada DYMM Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj di mana Raja-Raja Melayu sudah bermesyuarat dan bersetuju bahawa Baginda Tuanku Sultan Johor akan ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang ke-16.

Mesej itu juga mendakwa perkhabaran ini tidak menggembirakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana seperti yang telah diketahui umum Keluarga DiRaja Johor dan Mahathir mempunyai sejarah hitam di masa silam kerana Mahathir adalah individu yang bertanggungjawab mengurangkan kuasa Raja-Raja yang pada ketika itu Sultan Johor menjadi Agong Malaysia.

Sejurus selepas tersebarnya desas-desus ini, Mahathir memberi amaran mengatakan tiada sesiapa termasuk raja, tidak boleh disentuh undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN : Tiada orang tak boleh disentuh undang-undang, termasuk raja – Tun M



“Tiada peruntukan yang mengecualikan mana-mana orang daripada kedaulatan undang-undang.

“Ada mahkamah khas untuk raja-raja tetapi undang-undang sama seperti undang-undang yang dikenakan ke atas orang kebanyakan. Raja-raja juga mesti menghormati undang-undang.” kata perdana menteri dalam catatan pertama di blognya tahun ini.

Reaksi ini dianggap satu penolakan dan bantahan terhadap perlantikan Sultan Johor sebagai Agong seterusnya dan menurut perkhabaran itu lagi telah ada usaha untuk menggagalkan pertabalan itu.



Sultan Johor sebagai Agong yang baharu di mata Mahathir adalah sebagai suatu penghalang kepada segala rancangannya.

Namun sejauh mana kebenaran perkhabaran ini masih lagi tidak dapat disahkan. – AbuLeman

Berikut adalah mesej yang tular di media sosial;



Berita yang terbaru kami terima ialah berkenaan Mesyuarat Khas Majlis Raja2 yang membincangkan perihal Sultan Muhammad V yang bakal menamatkan tugasan Yang Dipertuan Agong lebih awal atas sebab-sebab tertentu.

Giliran seterusnya untuk menaiki takhta ialah Sultan Pahang namun Baginda telah menyatakan hasrat untuk menolak perlantikan sebagai Yang Dipertuan Agong atas sebab kesihatan Baginda yang tidak mengizinkan.

Justeru itu, giliran berikutnya ialah kepada DYMM Tuanku Sultan Johor di mana Raja2 Melayu sudah bermesyuarat dan bersetuju bahawa Baginda Tuanku Sultan Johor akan ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang ke-16.

Bagaimanapun, berita ini tidak menggembirakan seseorang, siapa lagi jika bukan Mahathir. Beliau berdendam kesumat pada Keluarga DiRaja Johor dan akan buat apa sahaja perkara untuk memastikan Sultan Johor tidak ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong.

Mahathir tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau perlu mengadap DYMM Sultan Ibrahim selaku Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada setiap hari Rabu sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet.

Mahathir kini gelabah, terdesak dan mengarahkan jenteranya supaya melakukan apa sahaja untuk menghalang Sultan Johor dari bersemayam di Istana Negara.

Ini kerana Mahathir sedar, bahawa Sultan Johor akan meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi segala-galanya dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak untuk kepentingan politik mereka semata-mata.

Baginda akan bersikap tegas, menitahkan perkara yang hak dan menyuarakan bantahan terhadap perkara yang batil lebih2 lagi jika ia melibatkan kebajikan rakyat.

Mahathir sudah tentu tidak selesa dengan keadaan seperti itu kerana ia akan mengganggu segala perancangannya kerana sehingga kini tidak ada siapa yang berani menegur pentadbirannya yang semakin menyimpang jauh dari kehendak rakyat.

Keputusan Majlis Raja2 supaya Sultan Johor ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang baharu adalah satu keputusan yang amat tepat dalam mana negara sekarang berada dalam keadaan terumbang-ambing akibat terlalu banyak politiking, kos sara hidup yang tinggi, keadaan ekonomi yang menguncup serta hubungan luar negara yang merosot teruk.

Kita mengharapkan rakyat Johor khususnya dan rakyat Malaysia seluruhnya supaya mendoakan supaya Mahathir gagal menyekat sekaligus menyaksikan DYMM Tuanku Sultan Johor ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang ke-16.

Amin ya rabbal alamin.
Sultan Muhammad V bakal menamatkan tugas sebagai Agong lebih awal? Sultan Muhammad V bakal menamatkan tugas sebagai Agong lebih awal? Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 03, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...