SKMM cari dalang sebar gambar PH rasuah penduduk #PRKCameronHighland


Kenapa SKMM perlu cari tukang sebar gambar? Bukankah sepatutnya tangkap perasuah? KERAjaan apa yang kita ada sekarang ni? Terlalu kejam!

LIPIS - Satu siasatan akan dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berikutan penyebaran gambar seorang petugas PH yang dipercayai mengagihkan wang kepada masyarakat Orang Asli yang tular sejak pagi tadi.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith berkata, SKMM sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial terbabit.

Menurutnya,setakat ini belum ada pihak tampil menjelaskan di mana lokasi gambar itu dirakam, selain motif ia disebarkan.

"SKMM perlukan masa untuk mengenal pasti pemilik akaun berkenaan dan tujuan gambar sedemikian disebarkan kepada orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN : Gambar PH rasuah penduduk Cameron Highland tular

"Buat masa ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab. Ini perkara bersifat spekulasi dan mungkin sengaja diperbesarkan. Mungkin juga bukan seperti tafsiran sebenar apa yang berlaku dalam gambar itu yang kita sendiri pun tidak pasti," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Bersatu berkata demikian kepada media selepas melakukan lawatan di Bilik Gerakan PH di Felda Sungai Koyan 3, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai beberapa keping gambar yang mula tersebar di media sosial hari ini,beliau menegaskan isu terbabit tidak akan menjejaskan kempen yang sedang rancak dijalankan jentera PH sejak semalam.

Ujarnya, beliau sudah meminta semua petugas PRK Cameron Highlands supaya lebih berhati-hati dan melakukan kempen dengan tersusun serta berintegriti. - SH






SKMM cari dalang sebar gambar PH rasuah penduduk #PRKCameronHighland SKMM cari dalang sebar gambar PH rasuah penduduk #PRKCameronHighland Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 13, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...