SJKC ini hanya ada 17 murid sahaja


Sekolah ini hanya ada 17 murid sahaja. Tetapi itupun 12 darinya adalah murid Melayu, bakinya murid Cina.

KEMAMAN 1 Jan. - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jabor di sini hanya menerima dua orang murid tahun satu bagi sesi persekolahan 2019 yang bermula hari ini.

Dua murid yang melangkah masuk ke sekolah kategori Sekolah Kurang Murid itu ialah Tan You Hong Jing dan Muhammad Fakhrullah Hanif Mohd. Khairul Faizul.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Muridnya, Teo Boon Ching berkata, sekolah berusia 68 tahun itu menerima kemasukan murid yang lebih kecil pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, mereka akan dibimbing oleh sepuluh guru yang keseluruhan menampung 17 orang murid dari tahun satu hingga enam dengan 12 daripadanya Melayu manakala lima lagi murid berketurunan Cina.

"Bagi tahun satu, Cikgu Yap Seng Wing diberi tanggungjawab sebagai guru kelas dan guru bahasa Mandarin.

Menurut Boon Ching, di sebalik jumlah murid yang kecil namun tugas dan tanggungjawab guru di SJKC Jabor adalah sama seperti di institusi pendidikan lain.

SJKC Jabor diwujudkan pada tahun 1951 di Kampung Cina Jabor di atas tapak seluas 0.4 hektar dengan menampung beberapa orang murid sahaja dan mula berjalan dengan lancar setelah mendapat bantuan penuh kerajaan mulai 1961.

Sekolah ini pernah menampung lebih 100 murid namun terus merosot mulai 1970-an setelah kawasan ladang di sekitar dijual oleh pemiliknya dan pekerja berpindah ke Kuantan. - UO
SJKC ini hanya ada 17 murid sahaja SJKC ini hanya ada 17 murid sahaja Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 01, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...