Sisa babi sengaja dibuang luar tong sampah



Butterworth, 22 Jan. – Dua keping gambar yang dimuat naik oleh Azizul Hadi menjadi viral dan mula dikongsikan oleh warganet di media sosial.

Dua keping gambar itu adalah sisa dari babi seperti kulit dan lemak di dalam plastik sampah berwarna hitam yang telah koyakkan oleh anjing atau kucing.

Menurut Azizul lagi, paling dikesalkan adalah sisa itu sengaja dibuang di sebelah tong sampah, tidak dimasukkan terus ke dalam tong sampah yang telah disediakan.

Sisa babi yang dibuang di Pasar Awam bagan Ajam itu pula sudah tentu akan dibersihkan oleh pekerja Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang beragama Islam.

Tindakan individu yang tidak bertanggungjawab membuang sisa babi seperti ini sudah tentulah akan menyusahkan ramai pihak terutamanya kepada orang yang beragama Islam di sekitarnya.

Bagaimana hubungan baik sesama bangsa dan agama akan terjalin jika ada rakyat yang tidak prihatin seperti ini ada di kalangan kita? – AbuLeman
Sisa babi sengaja dibuang luar tong sampah Sisa babi sengaja dibuang luar tong sampah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 22, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...