MELAMPAU: Sewa kuaters kerajaan naik dari RM400 ke RM800



Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah perumpamaan yang sesuai diucapkan kepada penjawat awam.

Setelah pelbagai janji tidak dikotakan, kenaikan gaji yang dibekukan, elaun dan pelbagai keistimewaan ditarik semula, kini sewa kuaters bagi penjawat awam pula dinaikkan.

Sewa kuaters di Pangsapuri Putra Damai di Presint 11 Putrajaya dimaklumkan telah dinaikkan yang mana kenaikan itu pula dilihat tidak munasabah.

Menurut satu surat rasmi yang tular, sewa yang sebelum ini hanya RM400-RM500 sebulan telah dinaikkan sehingga RM800 sebulan.

Surat yang ditandatangani oleh Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Korporat Perbadanan Putrajaya, Kamaruddin Bin Dolmat mengesahkan kenaikan sewa yang keterlaluan itu telah dinilai dan disahkan oleh Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta (JPPH) Kuala Lumpur.

Menurut surat itu lagi, kadar sewaan bagi kawasan sekitarnya juga turut mengalami peningkatan. – AbuLeman




MELAMPAU: Sewa kuaters kerajaan naik dari RM400 ke RM800 MELAMPAU: Sewa kuaters kerajaan naik dari RM400 ke RM800 Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 06, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...