Selebriti Internet bakal dikenakan cukai



Hapus 1 cukai GST, perkenal 100 cukai yang baru. Tahniah pengundi PH

KUALA LUMPUR – Selebriti Internet dan individu lain, termasuk golongan bawah umur, yang memperoleh pendapatan daripada ulasan berbayar, sokongan jenama dan perniagaan yang dijalankan menerusi media sosial, tertakluk kepada cukai pendapatan, jika mereka memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 sebulan.

Aktiviti penjanaan pendapatan sedemikian dikategorikan sebagai profesion, dan oleh itu mereka yang terlibat perlu mengisytiharkan pendapatan, dan dibenarkan menuntut perbelanjaan perniagaan dan pembayaran balik cukai, jika berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Seri Sabin Samitah berkata individu terbabit digalakkan datang ke pejabat LHDN untuk mendapatkan nasihat mengenai pengisytiharan pendapatan dan pengiraan cukai.

"Kami menggunakan medium seperti televisyen dan radio untuk sampai kepada mereka, malah bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan untuk pergi ke sekolah dan universiti bagi mewujudkan kesedaran mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita pada Program Pemberitahuan Sukarela Khas (SVDP), seminar yang dianjurkan oleh Institut Akauntan Malaysia, di sini hari ini.

Menurut pegawai LHDN, lembaga itu akan dapat mengesan individu yang gagal mengisytiharkan pendapatan mereka apabila syarikat-syarikat yang membayar untuk perkhidmatan selebriti Internet terbabit mengisytiharkannya cukai syarikat masing-masing dan berkongsi maklumat mengenai duta atau vendor yang mereka upah.

Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, kanak-kanak bawah umur yang mendapat pendapatan dalam jumlah yang dikenakan pendapatan, juga tertakluk kepada bayaran cukai.

Bagi kes seumpama itu, ibu bapa atau penjaga masing-masing perlu mengisytiharkan pendapatan yang diperoleh oleh anak-anak di bawah umur, bagi pihak mereka.

Sementara itu, Sabin berkata berikutan pelancaran program SVDP pada 2 November tahun lepas, LHDN mengeluarkan 3.5 juta e-mel dan 4.7 juta surat kepada pembayar cukai berdaftar.

"Surat dan e-mel itu bertujuan memaklumkan kepada pembayar cukai. Ini adalah inisiatif oleh kerajaan baharu seperti yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pembaharuan Cukai," katanya. - Bernama
Selebriti Internet bakal dikenakan cukai Selebriti Internet bakal dikenakan cukai Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 17, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...