'Saya tak perasan baju ada logo PH' – Manogaran



LIPIS 26 Jan. - Calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran meminta maaf kerana memakai baju yang mempunyai logo parti di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Senderut dekat sini hari ini.

Menurutnya, beliau tidak berniat melanggar peraturan ditetapkan kerana tidak perasan memakai baju yang mempunyai logo parti yang diwakilinya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Menurutnya, namun perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu memandangkan beliau telah keluar dari pusat mengundi di Pos Sinderut selepas diarahkan oleh para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

ARTIKEL BERKAITAN : Manogaran pakai baju berlogo PH masuk pusat mengundi

"Pagi tadi saya ke Pos Sinderut dan saya tidak berniat memakai baju yang sama (berlogo parti) dan saya minta maaf. Saya tidak perasan sebab sudah dua minggu saya pakai macam ini, saya tidak berniat dan saya juga telah cakap kepada pengundi saya tidak berniat (berkempen dan melakukan provokasi)," katanya.

Beliau ditemui ketika melawat proses pengundian di Sekolah Kebangsaan Pos Betau di sini hari ini.

Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menetapkan tiada seorang pun boleh pada hari mengundi dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat  mengundi  dan dalam  tempat  mengundi, memakai,  memegang  atau membawa  apa-apa  bentuk atau  jenis pakaian,  tutup  kepala,  barang  hiasan,  roset, botol air atau payung yang pada nya tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik.

ARTIKEL BERKAITAN : KECOH: Kit Siang masuk kawasan mengundi dengan logo PH

Mengikut akta tersebut mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen boleh apabila  disabitkan, dipenjarakan selama tempoh  tidak melebihi  satu  tahun  atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

Sesuatu kesalahan di bawah subseksyen ialah kesalahan  boleh ditangkap mengikut pengertian Kanun  Tatacara Jenayah.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pemberian hadiah yang didakwa dilakukan jentera PH malam semalam, Manogaran berkata, beliau tidak mengetahui perkara itu kerana berada di kampung Orang Asli.

"Saya akan mendapatkan laporan mengenainya sebelum mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat," katanya. - UO
'Saya tak perasan baju ada logo PH' – Manogaran 'Saya tak perasan baju ada logo PH' – Manogaran Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 26, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...