Saya sudah malas layan Najib, kata Guan Eng



Guan Eng dah tak reti nak pusing cerita terpaksa mengaku kalah. Itulah kalau dah asyik menipu sampai masa terbelit sendiri.

KUALA LUMPUR - “Memang sudah menjadi kepakaran Datuk Seri Najib untuk mereka-reka cerita,” kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika ditanya mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri itu berhubung kutipan cukai 2018.

Najib dan beberapa pemimpin Barisan Nasional yang lain mendakwa peningkatan kutipan cukai sebanyak RM13 bilion pada tahun lepas adalah hasil usaha kerajaan terdahulu dan bukannya Pakatan Harapan.

“Kutipan cukai dibuat berdasarkan tahun semasa iaitu cukai 2018 untuk tahun 2018.

“Jadi apabila mereka cakap peningkatan kutipan cukai tersebut adalah hasil usaha BN pada 2017, mereka adalah menipu,” katanya semasa sidang media di sini hari ini.

Guan Eng mengakui peningkatan kutipan cukai pada 2018 sebahagian besarnya disumbangkan oleh hasil petroleum namun perolehan lain-lain turut menyumbang 40 peratus peningkatan.

Katanya, jika tanpa sumbangan petroleum sekali pun, kerajaan masih merekodkan pertambahan kutipan cukai 2018 sebanyak RM5.4 bilion daripada sektor lain.

“Saya sudah malas mahu melayan Najib.

“Sudah menjadi tabiat dia menipu dan menyalahkan orang lain,” katanya lagi.

Terdahulu, Guan Eng berkata, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia akan bekerjasana dengan Kementerian Kewangan untuk mengadakan sambutan Tahun Baharu Cina pada 6 Februari ini. - MG
Saya sudah malas layan Najib, kata Guan Eng Saya sudah malas layan Najib, kata Guan Eng Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 22, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...