Saya bukan lagi PM, mengapa PH takut



CAMERON HIGHLANDS 17 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa hairan apabila Pakatan Harapan (PH) dikatakan takut apabila beliau turun membantu kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Beliau yang tiba di sini hari ini berkata, ini kerana beliau bukan lagi Perdana Menteri seperti sebelum ini.

“Saya pun tak tahu kenapa (PH takut kehadiran beliau). Saya bukan lagi PM, saya ikhlas hendak membantu kempen calon Barisan Nasional (BN)” kata.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika program bersama rakyat di Masjid Al-Huda Kampung Raja di sini hari ini.


Turut hadir calon BN, Ramli Mohd. Nor.

Mengenai PRK Cameron Highlands, Najib berkata, BN meletakkan seorang calon tempatan dan mudah diterima oleh masyarakat di sini.


Menurutnya, Ramli mempunyai ramai saudara mara di sini, seorang tokoh dan pemimpin yang mewakili masyarakat Orang Asli.

“Saya yakin beliau akan mencipta sejarah sebagai Ahli Parlimen dari masyarakat Orang Asli yang pertama.

“Beliau akan muncul sebagai lambang kebanggaan masyarakat Orang Asli dan penduduk Cameron Highlands,” katanya. - UO





Saya bukan lagi PM, mengapa PH takut Saya bukan lagi PM, mengapa PH takut Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 17, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...