Sapu Projek Kerajaan: Abdul Rashid digesa letak jawatan




KUALA LUMPUR 1 Jan. - Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman perlu melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana mengeluarkan cadangan yang menjejaskan reputasi dan maruah parti.

Presiden Persatuan Gerakan Demokrasi Profesional (Prodem), Md. Shukri Shuib berkata, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu perlu berlapang dada untuk berbuat demikian akibat impak negatif yang diterima Bersatu ekoran daripada cadangannya Ahad lalu.

“Jawatankuasa disiplin Bersatu kena ambil tindakan tegas terhadap Abdul Rashid dan beliau juga kena mengundurkan diri kerana telah mencemarkan imej parti.

ARTIKEL BERKAITAN : Bodohlah kalau kita tak ambil projek kerajaan – Naib Presiden Bersatu

“Beliau perlu berlapang dada dan memberi peluang kepada orang lain untuk mengisi jawatan tersebut demi keutuhan Bersatu dan pemimpin-pemimpin lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahad lalu, Abdul Rashid dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu telah mencadangkan ketua bahagian dan ketua cawangan mesti memperoleh lebih wang menerusi pemberian projek kerajaan.

Jelas Md. Shukri yang juga bertugas sebagai pensyarah di sebuah universiti di utara tanah air, cadangan Abdul Rashid itu tidak mencerminkan langsung keperibadian yang sepatutnya dimiliki oleh seorang Naib Presiden.

“Kena ubah sikap, baharu tujuh bulan jadi kerajaan sudah pandai mengajar orang lain untuk menggunakan pengaruh,” katanya. - UO
Sapu Projek Kerajaan: Abdul Rashid digesa letak jawatan Sapu Projek Kerajaan: Abdul Rashid digesa letak jawatan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 01, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...