RON95, RON97 turun 27 sen mulai 12 tengah malam ini


Terima kasih Najib Razak. Kalau tak kena desak haram la KERAjaan PH nak turunkan harga minyak.

PUTRAJAYA 4 Jan. - Penetapan harga runcit produk petroleum dilaksanakan secara mingguan mulai 12 tengah malam ini dengan harga RON95 serta RON97 diturunkan sebanyak 27 sen menjadi RM1.93 dan RM2.23 seliter, manakala harga diesel turun enam sen menjadi RM2.04 seliter.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, harga runcit produk petroleum akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN :

RON95 sepatutnya RM1.86 seliter – Najib

Akhrinya PH mengaku rompak subsidi petrol rakyat selama 2 bulan – Najib

"Pengumuman harga runcit akan dibuat pada hari Jumaat setiap minggu dan berkuat kuasa mulai hari Sabtu sehingga Jumaat. Perlu ditegaskan bahawa harga baharu ini mengambil kira tambahan komisen atau margin pengusaha stesen minyak yang diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lalu.

"Keputusan pelarasan semula harga runcit produk petroleum ini juga telah pun mengambil kira pandangan semua pihak yang terlibat, termasuk permintaan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM)," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UO




RON95, RON97 turun 27 sen mulai 12 tengah malam ini RON95, RON97 turun 27 sen mulai 12 tengah malam ini Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 04, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...