RASUAH: SPR tak boleh buat apa, lapor polis – Azhar #PRKCameronHighland


Makan dedak PH ke?

KUALA LUMPUR – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun menyarankan pihak yang melihat berlaku politik wang ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands perlu membuat laporan polis.

Katanya, pihaknya tidak boleh membuat laporan polis jika sekadar melihat ‘kejadian’ dalam gambar yang tular di media sosial kerana itu boleh diistilah sebagai dengar cakap.

ARTIKEL BERKAITAN :

Gambar PH rasuah penduduk Cameron Highland tular

SKMM cari dalang sebar gambar PH rasuah penduduk #PRKCameronHighland

“Orang yang mempunyai maklumat langsung patut buat laporan polis. Kalau saya buat report, apa jenis kenyataan yang boleh saya beri pada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?

“Semuanya dengar cakap. Contohnya, kalau polis tanya, awak nampak benda itu berlaku? Saya jawab, tak. Saya nampak gambar kat Twitter. Bagaimana?” soal beliau dalam ciapan twitternya hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab komen seorang warganet menerusi akaun Twitternya memaklumkan kepada Azhar atau Art Harun mengenai berlaku pembahagian duit oleh wakil pemimpin politik dipercayai dari Pakatan Harapan (PH) kepada pengundi di PRK Cameron Highlands.
“Hello sir, you pun ada kuasa untuk buat report. Sudah banyak bukti dan contoh, takkan masih tak nampak?” tulis netizen, Wan MH @MRizuanmh.

Beliau merujuk gambar yang tular berhubung tindakan seorang wanita dikatakan membahagikan duit kepada beberapa Orang Asli di Cameron Highlands dipercayai sebagai suapan yang mendorong tagihan undi kepada calon PH. – MG






RASUAH: SPR tak boleh buat apa, lapor polis – Azhar #PRKCameronHighland RASUAH: SPR tak boleh buat apa, lapor polis – Azhar #PRKCameronHighland Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 13, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...