Rasmi: BN menang dahului majoriti 4,569 undi



CAMERON HIGHLANDS: Keputusan rasmi menunjukkan 80 daripada 89 pusat mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands mendapati Barisan Nasional (BN) mendahului dengan majoriti 4,569 undi setakat jam 7.50 malam ini.

Keputusan rasmi itu dipaparkan di skrin layar pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata, di sini ketika ini dan terus dikemas kini dari semasa ke semasa

Paparan skin layar menunjukkan Calon BN, Ramli Mohd Noor memperoleh 11,536 undi meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran dengan 7,048 undi.

Dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing hanya mendapat 283 dan 188 undi. - BH

Rasmi: BN menang dahului majoriti 4,569 undi Rasmi: BN menang dahului majoriti 4,569 undi Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 26, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...