Rakyat mula rindukan Najib, mahu beliau ke P.Pinang



Sejak akhir-akhir ini 'rating' bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semakin meningkat meninggalkan semua ahli politik yang lain.

Jika dahulu mungkin separuh rakyat menolak tetapi kini ramai yang mula sedar dengan kesilapan mereka yang mula menerima Ahli Parlimen Pekan itu.

Dengan menggunakan hashtag #MaluApaBossku Najib dilihat disenangi semua rakyat disemua lapisan.

Najib kini semakin mula sibuk dengan undangan dari rakyat yang ingin beliau datang memeriahkan pelbagai program.

Dari melawat pasar pagi, bersarapan bersama rakyat, program bersama anak muda, ceramah dan taklimat hingga yang terkini beliau sempat meluangkan masa dengan program rekreasi dengan memandu 4x4 meredah sungai dan jalan-jalan yang mencabar ke Teratak Riverview di Tanjung Malim.

Hasil penelitian, dapat dilihat banyak permintaan kepada Datuk Seri Najib untuk ke kawasan-kawasan mereka bagi program dan acara-acara santai yang lebih dekat di hati rakyat.

Mereka mahu berbual dan meluangkan masa dengan bekas perdana menteri itu atau mungkin lebih tepat mereka terlalu rindu dengan sosok tubuh yang banyak berjasa kepada rakyat itu.


Terbaru, seorang anak muda dari Pulau Pinang, Muhsin Latheef memuat naik satu hantaran di facebook miliknya meminta Orang Kaya Indera Shahbandar Pahang ke-11 itu untuk datang ke sana.

Hantaran Muhsin itu mendapat perhatian warganet dan mula dikongsikan mungkin dengan harapan ianya akan menjadi kenyataan.

Adakah selepas ini Najib akan ke Pulau Pinang? Siapa tahu. - AbuLeman
Rakyat mula rindukan Najib, mahu beliau ke P.Pinang Rakyat mula rindukan Najib, mahu beliau ke P.Pinang Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 30, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...