Pub, kelab malam, disko, kasino diberi keistimewaan boleh merokok


Tempat-tempat haram tu dapat keistimewaan pula ya?

PUTRAJAYA – Pub, kelab malam, disko dan kasino tidak termasuk di bawah peraturan baharu larangan merokok.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan menyatakan kategori pusat-pusat hiburan berkenaan bukan dilesenkan sebagai tempat makan.

Hal demikian, peraturan baharu larangan merokok yang dikuatkuasakan 1 Januari lalu tidak terpakai di premis-premis hiburan tersebut.



Sebelum ini, KKM pernah memaklumkan bahawa bar atau kelab malam yang menyediakan makanan kepada pelanggan juga menjadi kawasan yang diwartakan sebagai tempat larangan merokok berkuatkuasa 1 Januari lepas.

Sementara itu, sehingga 8 Januari, sebanyak 13,724 notis peringatan telah dikeluarkan kepada perokok di kawasan larangan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, KKM akan terus mendidik rakyat terutama perokok menerusi penguatkuasaan pendidikansepanjang enam bulan pertama ini. - SH

Pub, kelab malam, disko, kasino diberi keistimewaan boleh merokok Pub, kelab malam, disko, kasino diberi keistimewaan boleh merokok Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 09, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...