Pondok bayaran parkir kereta MBMB musnah terbakar



MELAKA 4 Jan.  - Sebuah pondok menempatkan kaunter bayaran letak kereta yang baru dibina di Taman Nirwana, Jalan Klebang Besar di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi ini.

Kebakaran melibatkan pondok berukuran 1.8 meter x 1.8 meter dibina syarikat swasta dan diuruskan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam.

Bagaimanapun Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 1.02 pagi dan sepasukan tujuh anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Zulkifli Nordin berkata, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan ll Zaidi Kadiron berjaya memadamkan kebakaran itu sepenuhnya pada pukul 1.28 pagi.


"Sebaik sahaja tiba di lokasi, kita dapati kebakaran melibatkan pondok bayaran letak kenderaan yang telah diswastakan oleh MBMB.

"Pondok berkenaan terbakar 80 peratus dan pihak kami mengambil masa kurang dari 15 minit untuk memadamkan kebakaran itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada pemilik syarikat berhubung kejadian tersebut.

"Bagaimanapun kita masih menunggu laporan daripada JBPM untuk siasatan lanjut," katanya.

Untuk rekod, bermula awal tahun ini MBMB telah memperkenalkan sistem letak kenderaan berbayar kepada syarikat swasta di 13 lokasi yang tidak strategik  dan menyusahkan rakyat sekitar bandar raya Melaka. - UO/AbuLeman


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Pondok bayaran parkir kereta MBMB musnah terbakar Pondok bayaran parkir kereta MBMB musnah terbakar Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 04, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...