‘PM dan Peguam Negara disyaki melindungi pembunuh Adib’



Anggota Majlis Tertinggi Umno, Lokman Nor Adam dijangka memimpin sekumpulan penyokong parti itu dan memfailkan laporan polis terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan peguam negara Tommy Thomas.

Dalam hantaran di Instagram, beliau berkata laporan mengenai kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Muhammad Adib Mohd Kassim akan difailkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur pada jam 9 malam ini.

Lokman dan penyokongnya akan berkumpul di kompleks membeli-belah Sogo yang berhampiran sebelum berarak ke ibu pejabat polis.

Menurut catatan itu, laporan polis beramai-ramai terhadap “PM dan AG yang disyaki melindungi pembunuh Adib".

Minggu lalu, Pejabat Peguam Negara mengarahkan inkues dibuat untuk menentukan punca kematian ahli bomba berkenaan.

Pengurusan kes mengenai inkues itu telah ditetapkan pada 18 Januari akan datang.

Prosiding inkues akan diadakan di Mahkamah Koroner yang akan bersidang di Kompleks Mahkamah Shah Alam.

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata majistret yang mengendalikan inkues itu akan mempunyai kuasa yang luas di bawah Seksyen 328 Kanun Tatacara Jenayah untuk menentukan punca kematian tersebut. - MK

> Lagi berita berkaitan Allahyarham Muhammad Adib
‘PM dan Peguam Negara disyaki melindungi pembunuh Adib’ ‘PM dan Peguam Negara disyaki melindungi pembunuh Adib’ Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 04, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...