PH kantoi guna kenderaan kerajaan untuk kempen



Kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki kedua-dua lelaki tersebut mempunyai logo Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang disembunyikan di bawah bendera parti Pakatan Harapan dan Jalur Gemilang.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Cameron Highlands yang kini sedang berlangsung pilihan raya kecil.

Dalam video yang tular di media sosial itu lelaki yang memandu kenderaan tersebut hanya menjawab tidak tahu ketika diacu pertanyaan mengapa menggunakan kenderaan kerajaan untuk berkempen.

Pagi tadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak memaklumkan kerajaan negeri menarik balik sebuah kenderaan yang dipinjamkan kepada kerajaan Pusat sebelum ini.

Dr. Sallehuddin berkata, arahan penarikan balik kenderaan milik jabatan terbabit dikeluarkan oleh beliau pagi tadi.

Difahamkan, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang diminta menyediakan kenderaan pacuan empat roda untuk kegunaan seorang Timbalan Menteri yang mengadakan lawatan kerja ke kawasan Cameron Highlands sejak minggu lalu. - UO





[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]




PH kantoi guna kenderaan kerajaan untuk kempen PH kantoi guna kenderaan kerajaan untuk kempen Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 21, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...