PH bangga kutipan cukai meningkat


Bangga kutipan cukai meningkat tapi bantuan kepada rakyat menurun. Rakyat sedang menderita la menteri. Bangga apa...?

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan mengumumkan kutipan kasar cukai langsung negara bagi tahun 2018 berjumlah RM137.035 bilion, meningkat sebanyak RM13.733 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, peningkatan sebanyak 11.13 peratus itu mencipta sejarah baharu kutipan cukai negara malah turut mengatasi pencapaian terbaik yang direkodkan pada tahun 2014 berjumlah RM133.700 bilion.

Menurutnya, peningkatan sebegitu jelas menunjukkan kesan daripada strategi efektif berkaitan percukaian ditetapkan PH.

“Prestasi memberangsangkan itu disumbangkan peningkatan kutipan daripada komponen pembayar cukai seperti syarikat, individu, petroleum, koperasi dan duti setem.

“Selain mencerminkan keberkesanan kepimpinan bersih dan pentadbiran cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), peningkatan hasil ini juga menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi masih menggalakkan dalam tahun 2018,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, penjajaran semula strategi kutipan cukai yang ditetapkan kerajaan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) terbukti membuahkan hasil.

“Ketelusan dan tahap integriti tinggi PH dalam membelanjakan setiap sen cukai yang dikutip daripada rakyat turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap pematuhan lebih baik dalam kalangan pembayar cukai

“Faktor-faktor ini secara langsung meningkatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan, mendorong mereka mengisytiharkan serta membayar cukai sepatutnya secara sukarela,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bagan itu memaklumkan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) dilancarkan bermula 3 November lalu dan akan tamat pada 30 Jun ini.

Menurutnya, program itu menawarkan pengenaan kadar penalti yang sangat rendah iaitu 10 peratus dan 15 peratus.

“Sehubungan itu kerajaan menyeru pembayar cukai yang mempunyai isu pematuhan cukai agar segera mengambil peluang menyertai program ini. Ia bagi mengelakkan mereka dikenakan penalti lebih tinggi iaitu 80 hingga 300 peratus apabila program ini tamat kelak,” katanya. - SH
PH bangga kutipan cukai meningkat PH bangga kutipan cukai meningkat Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 21, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...