Penjelasan Najib cybertroopers Umno perabis beras



Sejak semalam media pro Pakatan Harapan (PH) memainkan satu keratan video yang menunjukkan seolah-olah Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kecewa dengan cybertroopers pro Umno.

Video berdurasi selama 22 saat menunjukkan Najib secara jelas menyatakan cybertroopers hanya menghabiskan beras sahaja.

Video itu mula tular dimainkan oleh pro PH dan segelintir pembangkang yang tidak 'sebulu' dengan Najib sejak beliau menjadi perdana menteri.

"..sebab saya tidak ada cybertroopers lagi. Saya cakap terus terang, cybertroopers dulu buat habiskan beras je," ujar Najib disusuli dengan gelak tawa yang hadir.


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

Sejak tularnya video itu cybertroopers pro Umno yang pernah terlibat berjuang mempertahan Najib dan Barisan Nasional (BN) mula menunjukkan tanda-tanda seolah-olah terasa hati dan kecewa dengan kenyataan bekas perdana menteri itu.

"Isu cybertroopers adalah isu dalam yang tidak patut ds dedahkan secara umum. Ia adalah seolah-olah memberi peluru kepada pihak musuh untuk menyerang kita kembali," komen cybertroopers yang tidak mahu dikenali.

Namun tidak lama selepas itu tular lagi satu perbualan di aplikasi Whatsapp dipercayai antara Najib dan seorang cybertroopers yang meluahkan perasaan dan mahu mendapatkan penjelasan yang sebenar.

Menurut tangkapan layar yang tular itu, Najib menegaskan beliau tidak memaksudkan kepada semua cybertroopers, hanya segelintir sahaja.

Najib turut menegaskan beliau menghargai usaha majoriti cybertroopers walaupun Umno kalah di Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tempoh hari.


Penjelasan ringkas Najib itu selari dengan komen seorang pemain media sosial pro BN yang mempertahan kenyataan Najib itu bukanlah ditujukan kepada semua cybertroopers. Ia hanya ditujukan kepada mereka yang mendapat 'keistimewaan' tertentu tetapi kini apabila BN kalah hilang entah ke mana.

"cybertrooper menghabiskan beras tu mcm puak MyNationNews, Wakeup Malaya, dll yg terus tutup page lepas dah takde beras... FOBN plak dah jadi page bisnes online... diorg dapat beras gred A dulu. kawan2 yg masih setia melawan & berjuang jgan terasa hati.

"..apa yg DSN maksudkan adalah 'TEAM MEDIA SOSIAL' yg uruskan page/platfom beliau dulu yg menghabiskan beras/quinoa. sebab diberi beras/quinoa gred A, tapi tak datangkan apa2 hasil membanggakan, sampai tumbang dalam PRU14... berbeza dgan impak page/platform DSN yg beliau uruskan sendiri sekarang. problem solved & lets get back to work!!" komen Rio Rashid, seorang pemain media sosial yang berbakat dalam membuat lukisan ilustrasi.

Jadi, kepada cybertroopers pro Umno yang masih setia dan bukan di dalam kategori yang Datuk Seri Najib maksudkan itu, usahlah berkecil hati. Teruskan berjuang.

Sumbangan anda adalah sangat besar dan bermakna kepada bangsa dan negara. – AbuLeman




Berikut adalah perbualan penuh dengan Datuk Seri Najib yang dimaksudkan'

Salam datuk seri. Saya rasa kenyataan datuk seri ini melukakan ramai pihak. Jika benar datuk seri kecewa dgn cybertroopers ia adalah isu dalaman yang tak patut diucapkan secara terbuka sehingga pihak musuh menjadikannya peluru utk menyerang kembali.

Saya percaya ramai cybertroopers yang pernah tidak bersetuju dan kecewa dgn pelbagai keputusan yang datuk seri telah buat semasa menjadi presiden dan pm. Tp team ds tak pernah menyatakan secara terbuka dan tetap di belakang ds, walaupun ketika ds kalah.

Apatah lagi menghentam ds secara terbuka, memalukan dikhalayak ramai.

DS sendiri menyatakan kita kalah kerana fitnah PH tetapi yg terbaru ds kata cybertroopers menghabehkan boreh sahaja. Seolah2 kekalahan kita adalah disebabkan cybertroopers.

Adakah cybertroopers langsung tidak ada peranan dan jasa terhadap ds?

Pun begitu sy lihat ramai cybertroopers masih diam dan bersabar dgn ds. Belum lg sy nmpk cybertroopers menghentam ds secara terbuka selepas kenyataan ds yg melukan hati mereka.

Sy harap ds dpt menjernihkan semula ketegangan yg berlaku antara ds dan cybertroopers.

Mereka juga manusia yg ada hati dan perasaan. Mereka juga kecewa apabila umno kalah. Tidak sekali mereka salahkan ds. Sehingga kini mereka tetap dibelakang ds.

Harap ds dpt pertimbangkan.


Jawapan ringkas Datuk Seri Najib

Ya , saya tak maksud semua . Segelintir sahaja . Perlu Di jelaskan saya menghargai usaha mereka.
Penjelasan Najib cybertroopers Umno perabis beras Penjelasan Najib cybertroopers Umno perabis beras Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 16, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...