Pengundi PH menangis hadapan Muhyiddin, Mukhriz


Kasihan tu kasihan juga. Tapi padan muka juga la. Siapa suruh pangkah PH.

ARAU 28 Jan. - Seorang wanita pengundi Pakatan Harapan (PH) tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata ketika membangkitkan isu 52 kakitangan kerajaan yang digugurkan daripada kursus khas pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) ketika majlis dialog sempena kongres Melayu Perlis di sini, semalam.

Wanita tersebut meluahkan perasaan itu dihadapan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menjadi panel dalam majlis tersebut.

Dalam nada tersekat-sekat, wanita itu meminta bolehkah Muhkriz memberi masa lima minit mendengar rintihan penjawat awam tersebut yang ada dalam kalangan mereka tidak mempunyai pekerjaan sekarang.



"Saya hendak kaitkan isu 52 penjawat awam yang diberhentikan daripada kursus diploma pasca siswazah pengurusan awam di Intan. Mereka hari ini kembali menjadi penjawat awam  dengan empat daripada mereka orang Melayu hilang kerja, menggangur mencari kerja.

"Mengapa disingkirkan daripada program ini yang tinggal dua bulan akan habis. Mungkin ada salah guna kuasa di situ tetapi apa hak saya untuk nyatakannya.

"Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri) kata akan siasat isu ini tetapi selepas dua bulan tidak ada seorang pun daripada 52 orang ini dipanggil untuk mendengar suara mereka," kata wanita tersebut.

Tambah wanita berkenaan, ada dalam kalangan penjawat awam tersebut cuba untuk berjumpa dengan Mukhriz di pejabat tetapi sudah pasti Menteri Besar itu sibuk menguruskan negeri.



"Tolonglah beri lima minit masa awak untuk dengar masalah ini. Memorandum, surat rayuan sudah dihantar kepada Dr. Mahathir tetapi tidak ada apa berlaku. Tolong bolehkah beri hanya lima minit (dengar suara kami)," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan 52 kakitangan kerajaan yang mengikuti kursus khas PTD digugurkan daripada program terbabit.

Difahamkan daripada jumlah itu, empat pegawai kontrak secara automatik hilang kerja manakala baki 48 pegawai diarahkan kembali ke jawatan lama mereka dengan segera.

Penamatan kontrak itu berlaku selepas Intan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menaikkan gred lulus bagi program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA). - UO



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Pengundi PH menangis hadapan Muhyiddin, Mukhriz Pengundi PH menangis hadapan Muhyiddin, Mukhriz Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 29, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...