Pengedar beg Herschel tiruan telah dikenal pasti – Zaharin




Seorang penulis media sosial yang menggunakan nama pena SriKandi Malaya merupakan individu yang bertanggungjawab membekalkan beg Herschel tiruan ketika Perhimpunan Bersatu baru-baru ini.

Perkara ini didedahkan oleh seorang penulis blog 'Sang Kelembai' Datuk Zaharin Mohd Yasin.

Menurut Zaharin Srikandi Malaya telah menutup akaun facebooknya apabila terbongkar beg-beg yang dibekalkan merupakan barang tiruan.

"..beg yang konunnya berjenama itu di Pasar Malam dalam harga sekitar RM15.00 sahaja. Tetapi harga di bekal ratus-ratus ringgit juga," tulis Zaharin.


Namun setelah diperiksa, akaun Facebook SriKandi Malaya masih lagi boleh diakses dan beliau turut menafikan tuduhan Zaharin.

Menurut satu hantaran terbarunya, SriKandi Malaya telah memaklumkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Zaharin dalam masa terdekat.

"Saya menerima banyak panggilan telepon dan mesej di Whatsapp bertanyakan tentang hal ini.

"Dan saya ingin nyatakan di sini, ianya hanya fitnah semata2 dengan niat menjatuhkan reputasi saya sebagai pemain media sosial pro kerajaan.

"Saya dengan ini akan merujuk kepada peguam saya untuk tindakan selanjutnya. Dan Malaysia baharu takkan bertolak ansur dengan pemfitnah.

"See you in court dato Zaharin." Komen balas SriKandi Malaya kepada Zaharin.

Sejurus selepas SriKandi Malaya menafikan tuduhan itu, Zaharin dilihat memuat satu status baru beserta gambar seorang wanita bercermin mata yang dipercayai SriKandi Malaya, menafikan beliau telah menyerang dan memfitnah SriKandi Malaya. Zaharin juga turut beberapa kali melontarkan kata-kata kesat seperti 'betina', 'sial' dan 'sial punya betina' terhadap SriKandi Malaya.


Sekiranya tuduhan Zaharin itu benar, SriKandi Malaya boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun.

Menurut Zaharin lagi sekurang-kurangnya, sebanyak 1500 beg telah diedarkan kepada perwakilan yang hadir. Ini bermakna denda sebanyak RM15 juta sedang menanti pengedar tersebut.

Netizen mempersoalkan mengapa tiada tindakan dari pihak berkuasa yang diambil memandangkan perkara ini sudah pun tersebar begitu luas di dalam masyarakat. Apakah begitu susah untuk mengenal pasti pengedar beg tiruan tersebut?

Adakah oleh kerana yang melakukan kesalahan berada di pihak KERAjaan maka mereka ada imuniti dari undang-undang? – AbuLeman


Pengedar beg Herschel tiruan telah dikenal pasti – Zaharin Pengedar beg Herschel tiruan telah dikenal pasti – Zaharin Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 03, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...