Peneroka menderita, Mazlan Aliman mana? tanya Najib



KUALA LUMPUR 24 Jan. - Seorang peneroka Felda mendakwa harga sawit yang rendah ketika ini menyebabkan harga belacan lebih mahal daripada harga komoditi tersebut.

Dalam satu video yang dikongsi di Facebook Najib Razak, peneroka berkenaan yang bersembang dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, harga sawit yang rendah ketika ini menyebabkan ramai peneroka menderita.

"RM175 setan nak makan apa? Belacan mahal daripada kelapa sawit. Betul tok. Apa nak beli. Ikan masin pun tak boleh nak beli.

"Api pun sampai surat merah nak potong. Duit tak ada. Api, air kalau lambat sikit kena potong itu yang seksanya kita masa ini. Sekarang nak beli barang bercinta dahulu," adu peneroka berkenaan kepada Najib.

Sementara itu, Najib dalam hantaran yang sama turut melontarkan pertanyaan ke mana perginya pejuang Felda yang sebelum ini begitu prihati dengan nasib peneroka.

"Dulu ada seorang pejuang Felda yang sembang kencang. Seolah-olah prihatin nak bantu pekebun kecil.

"Apa nama dia? Dia di mana sekarang? Dah selesa saya dengar. Dengarlah sendiri apa yang rakyat kata," kata Najib. - UO


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Peneroka menderita, Mazlan Aliman mana? tanya Najib Peneroka menderita, Mazlan Aliman mana? tanya Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 24, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...