Pemimpin gagal tunai janji wajar turun jawatan – Mufti Perlis



Secara umumnya, pemimpin yang gagal menunaikan amanah dan janji yang dia ungkapkan kepada rakyatnya, wajar turun jawatan. Itu yang diutarakan oleh Mufti Perlis Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin di Facebok akaun milik beliau.

Ini kerana jawatan adalah amanah seperti yang disebut dalam Surah al-Nisa ayat 58. Sesiapa yang tidak dapat menunaikan amanah, dia tidak layak menduduki jawatan. Sesiapa yang pecah amanah; harta rakyat, apatah lagi orang miskin, memang wajarlah berundur, ujarnya lagi.

Cuma kenyataan yang dibuat oleh Mufti Perlis ini adalah pada tahun 2016 yang kembali mendapat perhatian warganet.


Hantaran yang dibuat oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih mesra dipanggil dengan Dr Maza mula menjadi hangat sejak pagi tadi dan di ruangan komen mula dipenuhi dengan netizen yang menyokong kenyataan itu.


Sejak keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diumumkan sehingga ke hari ini rakyat tidak putus-putus menuntut agar pihak KERAjaan yang kini ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji manifestonya.

Boleh dikatakan hampir kesemua janji yang ditabur tiada satu pun yang ditunaikan sehingga ke hari ini.

Sedikit demi sedikit rakyat mula rasa ditipu oleh pemimpin-pemimpin PH dan tidak kurang ramai yang minta Parlimen dibubarkan semula agar rakyat boleh memilih kembali pemimpin yang baru.

Netizen juga mempersoalkan kewibawaan Dr Maza yang jika dahulu amat lantang menegur kerajaan  Barisan Nasional (BN) tetapi hari ini menjadi 'tikus' di era KERAjaan PH. – AbuLeman



[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Pemimpin gagal tunai janji wajar turun jawatan – Mufti Perlis Pemimpin gagal tunai janji wajar turun jawatan – Mufti Perlis Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 12, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...