Akhirnya pemandu teksi terpaksa tebalkan muka mengadap Najib



Entah tidak tahu apa yang patut diucapkan lagi kepada bekas perdana menteri ini.

Walaupun pemandu teksi seluruh Malaysia telah menolak dan antara yang menjatuhkannya di Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebelum ini, beliau masih lagi menerima dan melayan kumpulan-kumpulan pemandu teksi ini dengan baik di rumah beliau.

Bukan sahaja melayan dengan baik, dijamu pula setiap orang yang hadir dengan jamuan makan dan minum.

Usah kata menolak atau menyombong, bahkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pula dilihat beriya-iya mahu membantu golongan ini dengan menggesa KERAjaan Pakatan Harapan (PH) melakukan sesuatu untuk meringankan beban mereka.

Ketika Malaysia di era pentadbiran Barisan Nasional (BN), kerajaan waktu itu masih mencari formula agar pemandu teksi dan e-hailing boleh berada pada peringkat sama.




[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

"Objektifnya adalah bagi memastikan mereka sama peringkat dan adil kepada pemandu teksi," kata Ahli Parlimen Pekan itu.

Pada masa itu kerajaan ada program khas untuk pemandu teksi seperti memberi geran RM5,000 bagi membeli teksi baru dengan lesen individu.

"Ada masanya juga kita bagi tayar percuma dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya.

Dan kali ini bekas perdana menteri itu memohon kepada KERAjaan PH agar mempertimbangkan untuk rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada pemandu teksi.

Bekas perdana menteri berkata, ini perlu kerana ramai daripada mereka masih tidak memiliki rumah.

“Mereka sudah mohon tapi tidak dipertimbangkan. Pada saya ini tidak adil kepada mereka.




“Ini kerana mereka rakyat yang bekerja keras, bekerja waktu yang panjang, memerlukan rumah dengan bayaran yang habis minima disebabkan pendapatan mereka yang tidak menentu,” katanya pada sidang medianya di kediaman beliau di Langgak Duta.

Jika orang biasa mungkin tidak akan melayan lagi dengan sikap pemandu teksi yang seperti tidak tahu mengenang jasa.

Tetapi sikap Datuk Seri Najib yang terbuka dan bersedia membantu ini benar-benar membuat hati yang keras menjadi lembut dan cair. Bagai mahu menitik air mata melihat sikap baik dan ihsan lagi yang berjiwa besar yang ditunjukkan kepada orang yang pernah memusuhinya satu ketika dahulu.

Sikap ini patut dicontohi oleh semua pemimpin, terutamanya Perdana Menteri hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad agar dapat menjadi pemimpin yang tidak mengamalkan sikap dendam kesumat yang dipraktikkan sejak dahulu. - FMT/MK/AbuLeman




[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Akhirnya pemandu teksi terpaksa tebalkan muka mengadap Najib Akhirnya pemandu teksi terpaksa tebalkan muka mengadap Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 16, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...