Pakar setting tulang Chris Leong masih ditahan di Indonesia



Jabatan Imigresen di Palembang, Indonesia telah menahan seorang pakar membetulkan tulang perubatan tradisional cina yang terkenal di Malaysia, Dato’ Chris Leong dan rombongannya seramai 20 orang kerana didakwa dengan dua kesalahan iaitu salah guna visa pelancong dan menjalankan rawatan secara tidak sah kepada penduduk tempatan.

Media Indonesia melaporkan Chris Leong ditahan sedang menjalankan aktiviti itu ketika serbuan dibuat di sebuah hotel 4 bintang di Palembang.

Seramai 16 orang rakyat Malaysia, 2 warga Hong Kong, seorang warga Ireland dan seorang warga Belgium ditahan ketika serbuan dilakukan. Kesemua mereka mengaku sebagai sukarelawan yang berkerja di bawah agensi Chris Leong Method yang berpengkalan di Malaysia.

Kumpulan berkenaan menjelaskan bahawa kerja mereka itu adalah kerja amal, namun hasil penemuan yang dilakukan oleh perisik yang dihantar oleh Jabatan Imigresen negara itu mendapati aktiviti itu dijalankan secara komersial.

Siasatan mendapati bahawa perisik yang menyamar sebagai pesakit itu telah diminta bayaran sebanyak 4.5 juta rupiah atau bersamaan lebih kurang RM1,300 untuk satu sesi rawatan berkenaan.


Tangkapan itu telah membuatkan kesemua pelanggannya yang lain risau memandangkan mereka telah melangsaikan sejumlah wang bagi mendapatkan rawatan. Namun begitu, Chris dalam satu status Facebook miliknya memberitahu bahawa bayaran balik akan dilaksanakan.

“Kami tahu anda prihatin. Mohon maaf bahawa lawatan ke Jakarta dan Surabaya telah dibatalkan. Kami akan memproses pengembalian wang kembali kepada anda. Tolong beri kami sedikit masa. Anda akan menerima teks atau email dari kami segera. Maaf untuk segala kesulitan.”

Menurut media Indonesia, Chris pernah ditahan dan dihantar pulang semula ke Malaysia atas kesalahan yang sama. Cuma kali ini, pihak berkuasa membuat keputusan untuk menahan Chris sebelum menghantar pulang agar penahanan itu memberi pengajaran kepadanya.

Sehingga hari ini tiada maklumat terbaru diperolehi akan pembebasan Chris dan kumpulannya yang ditahan sejak 8 Januari yang lalu. – Agensi/AbuLeman


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Pakar setting tulang Chris Leong masih ditahan di Indonesia Pakar setting tulang Chris Leong masih ditahan di Indonesia Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 19, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...