Pahang tarik semula kenderaan kerajaan disalah guna untuk kempen



KUANTAN – Kerajaan Pahang menarik semula kenderaan pacuan empat roda milik kerajaan negeri yang digunakan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang tular di laman sosial hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak, berkata kenderaan itu sebenarnya dipinjamkan kepada sebuah kementerian bagi kegunaan rasmi seorang timbalan menteri.

“Walaubagaimanapun, selepas dilekatkan lambang satu parti, saya sudah mengarahkan supaya kenderaan diambil semula serta-merta,” katanya dalam kenyataan di akaun rasmi Facebook beliau hari ini.

Salehuddin berkata penjelasan itu dibuat selepas beliau dihujani pertanyaan oleh netizen mengenai gambar yang tersebar menunjukkan sebuah kenderaan milik kerajaan negeri dilekatkan dengan logo sebuah parti bertanding pada PRK Cameron Highlands.

Gambar yang tular hari ini, turut mendapat reaksi pemimpin pembangkang termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang secara sinis berkata beliau terfikir mahu memandu uji kenderaan itu. – BERNAMA


ARTIKEL BERKAITAN:

PH kantoi guna kenderaan kerajaan untuk kempen

Timbalan menteri serang, ugut jentera BN kerana kantoikan PH guna kenderaan kerajaan

Timbalan menteri bertindak samseng tahan kenderaan calon BN

Pahang tarik semula kenderaan kerajaan disalah guna untuk kempen


Pahang tarik semula kenderaan kerajaan disalah guna untuk kempen Pahang tarik semula kenderaan kerajaan disalah guna untuk kempen Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 21, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...