MIC: Orang Melayu takkan undi orang India kerana isu kematian Muhammad Adib #PRKCameronHighland



Kontroversi sekitar isu kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya antara penyebab MIC tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Cameron Highland.

“Kita ada masalah (kuil) Seafiled.

“Orang Melayu kemungkinan tidak akan keluar undi untuk dua orang India,” kata Presiden MIC S Vigneswaran.

Rusuhan di sekitar kuil Hindu pada penghujung November lalu telah mencederakan seorang anggota bomba yang kemudian meninggal dunia.

Sementara itu, Vigneswaran juga berkata BN telah melaksanakan strategi yang baik melalui “calon boleh menang” mereka hari ini.

Dalam acara di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu, BN mengumumkan pesara polis Ramli Mohd Noor sebagai calon mereka. - MK

> Lagi berita berkaitan Kuil Seafield Sri Maha Mariamman
MIC: Orang Melayu takkan undi orang India kerana isu kematian Muhammad Adib #PRKCameronHighland MIC: Orang Melayu takkan undi orang India kerana isu kematian Muhammad Adib #PRKCameronHighland Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 10, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...