Operasi parkir swasta di Melaka terpaksa tangguh serta-merta



KERAjaan PH kalau nak cari duit berniagalah, jangan perah rakyat!

MELAKA 4 Jan. - Semua pengoperasian parkir berbayar baharu yang diswastakan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ditangguhkan serta-merta untuk kajian dan penilaian semula kaedah caj yang dikenakan.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, tindakan penangguhan termasuk melihat semula perjanjian yang dimeterai antara pihak MBMB dan syarikat swasta yang mengendalikan kutipan bayaran parkir berkenaan selain kawasan pengoperasian sistem parkir berbayar itu.

"Penangguhan ini melibatkan pengoperasian kawasan parkir berbayar terutama penswastaan parkir di 13 lokasi sekitar bandar raya Melaka untuk penilaian semula dan ketetapan baharu berhubung pelaksanaan ini akan dibuat dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN : Pondok bayaran parkir kereta MBMB musnah terbakar

"Pengoperasian parkir berbayar ini di kawasan tumpuan awam seperti di pasar raya, kedai serbaneka, klinik dan bank perlu dilihat semula kerana agak membebankan orang awam yang hendak ke tempat tersebut," katanya kepada pemberita selepas Program Hari Bertemu Rakyat, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kejadian pondok parkir di Taman Nirwana, Jalan Klebang Besar di sini terbakar pada awal pagi tadi dipercayai susulan bantahan isu penswastaan parkir tersebut.

Mengulas lanjut, Adly berkata MBMB perlu mengambil pengajaran atas insiden kebakaran pondok parkir berkenaan untuk langkah penambahbaikan terhadap isu tersebut. - BERNAMA


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

 
Operasi parkir swasta di Melaka terpaksa tangguh serta-merta Operasi parkir swasta di Melaka terpaksa tangguh serta-merta Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 04, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...