Netizen berterima kasih kepada abang yang tampar pekerja Ameer Corner



SHAH ALAM – Sejak kelmarin heboh di media sosial insiden pekerja restoran mamak Ameer Corner di Seksyen 25 Shah Alam ditampar selepas menegur seorang lelaki yang merokok di dalam restoran.

Pemilik restoran telah tampil membuat laporan polis dan salinan laporan polis itu juga telah tular di media sosial sejak semalam.

Dengan tularnya laporan polis berkenaan maka terdedahlah ientiti sebenar pemilik restoran itu yang rupanya bukanlah seorang yang beragama Islam. Pemilik restoran itu sebenarnya adalah seorang yang beragama Hindu.

Berdasarkan laporan polis, pengadu bernama Krisnasamy A/L Thevarayan mendakwa pekerjanya di Restoran Ameer Corner, Seksyen 25 Shah Alam telah ditampar selepas menegur tiga orang lelaki Melayu yang menghisap rokok di dalam restorannya.




Perkara ini heboh dan mendapat kecaman netizen kerana pemilik beragama Hindu tersebut telah menipu dengan mengaburi pelanggan dengan meletakkan nama Islam pada restorannya.

Penipuan seumpama ini telah berlaku agak lama di kalangan peniaga-peniaga restoran 'mamak' di seluruh Malaysia. Mereka beragama Hindu tetapi berpenampilan seperti seorang yang beragama Islam. Restoran pula dihiaskan seolah-olah ia milik orang Islam dengan meletakkan tulisan 'Allah' dan 'Muhammad'. Ada juga yang meletakkan ayat-ayat Al-Quran untuk menipu pelanggan.

Mereka menjana keuntungan jutaan ringgit dengan menipu pelanggan yang beragama Islam. Namun ajaibnya, Menteri Perpaduan Waytha Moorthy menuduh orang Islam menindas bangsa India dan Hindu di Malaysia. Padahal orang Islamlah yang ramai ditipu oleh mereka sehingga mereka menjadi jutawan.

Rata-rata netizen berterima kasih kepada individu yang telah menampar pekerja di restoran tersebut kerana dengan tamparan itu maka telah terdedahlah penipuan pemilik restoran tersebut. – AbuLeman



Netizen berterima kasih kepada abang yang tampar pekerja Ameer Corner Netizen berterima kasih kepada abang yang tampar pekerja Ameer Corner Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...