Nelayan, petani perlu berubah, jangan harap bantuan kerajaan sahaja – Tun M



Sehubungan itu, kata Perdana Menteri, sudah sampai masanya petani dan nelayan perlu berani untuk bersaing dan sanggup mengubah cara hidup dengan menceburi bidang baharu seperti perniagaan dan industri berasaskan hasil produk tempatan yang ada di sekeliling mereka.

Malah katanya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedang mencari kaedah terbaik bagi membantu menaik taraf kehidupan golongan berkenaan supaya mereka tidak lagi terus berada dalam belenggu kemiskinan.

“Istilah golongan petani dan nelayan miskin itu perlu dikikis dan ditukar dengan syarat mereka sanggup berubah untuk menukar cara hidup lama kepada pendekatan lebih moden. Jika mereka masih kekal apa yang dilakukan nenek moyang kita sebelum ini sedangkan jumlah penduduk dunia semakin bertambah dan permintaan semakin banyak, selagi itulah kehidupan mereka tidak akan berubah.

“Saya tidak percaya melalui bantuan kerajaan akan dapat membantu mengubah kehidupan mereka, sebaliknya apa yang lebih baik ialah melalui usaha mereka sendiri,” katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra Warga Tani Terengganu melibatkan 600 orang petani, peladang, penternak dan nelayan di negeri ini yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Marang (MDM), di sini petang tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Sallehuddin Ayob.

Menurut Perdana Menteri, selaras dengan aspek industri di bawah kementerian pertanian, golongan tersebut mesti berusaha untuk meningkatkan pendapatan masing-masing ke arah perubahan skala yang lebih besar.

“Dengan itu, para petani boleh mengambil pendekatan menggabungkan ladang kecil mereka dengan pengusaha ladang lebih besar selain melakukan tanaman sampingan di kawasan tanah masing-masing,” katanya. – UO
Nelayan, petani perlu berubah, jangan harap bantuan kerajaan sahaja – Tun M Nelayan, petani perlu berubah, jangan harap bantuan kerajaan sahaja – Tun M Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 17, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...