Najib ketawa bila Kit Siang kata Orang Asli bukan warganegara Malaysia


Rupanya, selama ini Kit Siang sangka Orang Asli bukan warganegara Malaysia. (Tepuk dahi)

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa pelik terhadap janji yang dibuat oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahu menyediakan draf bagi memberikan Orang Asli kewarganegaraan penuh jika Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Katanya, PH memang sudah menjadi Kerajaan Persekutuan yang boleh membantu Orang Asli dan tiada pihak yang mampu menghalang parti itu berbuat demikian.

"Sekali lagi, saya amat terhibur dengan Kit Siang hari ini. Pagi tadi, uncle (Kit Siang) janji akan membuat pelan tindakan (blueprint) supaya Orang Asli boleh menjadi warganegara penuh jika PH menang di Cameron Highlands.

"Untuk makluman uncle, PH hari ini sudah Kerajaan Pusat. Tiada siapa yang boleh menghalang mereka membuat blueprint. Hendak yellowprint, redprint atau greenprint ke, pun boleh," katanya dalam laman Facebook beliau hari ini.



Tambah Najib, kalau PH benar-benar ikhlas untuk menghasilkan pelan tindakan untuk Orang Asli, perkara itu perlu dibuat sebelum PRK lagi tanpa mengambil kira PH menang atau tidak.

Beliau mempersoalkan adakah Kit Siang yang dirujuknya sebagai menteri hal ehwal Najib (menhen) sedang mengugut Orang Asli bahawa PH tidak akan menjaga Orang Asli dan Orang Asli tidak akan lagi bertaraf warganegara penuh jika PH kalah PRK?

"Wahai Kit Siang, masyarakat Orang Asli memang sudah warganegara penuh Malaysia. Oleh itu, calon Barisan Nasional (BN) ialah Orang Asli anak tempatan.

"Kalau masih tidak puas hati, Kit Siang perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa BN telah letak seorang bukan warganegara Malaysia sebagai calon Ahli Parlimen kita. Apa hal menhen sudah macam menggelabah tak tentu arah baru-baru ini?" katanya. - UO

Najib ketawa bila Kit Siang kata Orang Asli bukan warganegara Malaysia Najib ketawa bila Kit Siang kata Orang Asli bukan warganegara Malaysia Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 24, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...