Mujahid beri amaran jangan pertikai perlantikan Adun DAP sebagai ahli lembaga Yadim



PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof memberi amaran kepada pihak yang berterusan mempertikaikan lantikan Adun DAP, Sheikh Omar Ali sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah (Alpa), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Mujahid yang mempertahankan lantikan Sheikh Omar menegaskan, pelantikan Adun berkenaan atas dasar kelayakan yang dimilikinya.

Tambah Mujahid, tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang sengaja mensensasikan isu itu sama ada di peringkat dalaman, di media-media sosial dan di mana-mana medium.

"Dakwaan yang mengatakan DAP tidak mengiktiraf agama Islam merupakan satu tuduhan melampau sedangkan parti itu bersama kerajaan pada hari ini," tegasnya.

Mujahid berkata, sekiranya tuduhan itu berlaku di peringkat dalaman, tindakan akan dilaksanakan mengikut prosedur iaitu menegur, manakala jika melibatkan orang luar terutamanya di media sosial, tindakan mungkin akan dibuat orang lain melalui laporan, katanya.

Adun DAP, Sheikh Omar Ali diumumkan antara 10 ahli politik yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim.

Selain Sheikh Omar, enam individu daripada Amanah iaitu Yang Dipertua Yadim, Nik Omar Nik Abdul Aziz; timbalannya, Zolkharnain Abidin, Datuk Abdul Ghani Shamsuddin; Ahmad Sayuti Bashiron, Shamsul Ma'arif Ismail dan Maznah Daud.

Dua lagi melibatkan wakil PKR iaitu Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip dan seorang wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang merupakan Ketua Bahagian Cheras Bersatu, Datuk Dr. Samsu Adabi Mamat. - SH

ARTIKEL BERKAITAN : Mahathir setuju Adun DAP jadi ahli lembaga Yadim – Mujahid
Mujahid beri amaran jangan pertikai perlantikan Adun DAP sebagai ahli lembaga Yadim Mujahid beri amaran jangan pertikai perlantikan Adun DAP sebagai ahli lembaga Yadim Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 30, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...