Mesyuarat pilih Agong baharu pagi ini



KUALA LUMPUR: : Sembilan Raja-Raja Melayu bermesyuarat hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang akan bersemayam bagi tempoh lima tahun.

Satu mesyuarat khas Majlis Raja-Raja dijadual berlangsung pada jam 10.30 pagi ini di Istana Negara.

Kekosongan itu susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V mengikut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan pada 6 Januari lalu, pertama kali terjadi dalam sejarah institusi beraja di negara ini.



Menurut Seksyen 2, Jadual ke-3 Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada raja yang layak dipilih, yang negerinya di kedudukan pertama dalam senarai pilihan.

Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kini dipegang Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang turut memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong sehingga urusan pelantikan ketua utama negara yang baharu selesai.

Susunan penggiliran pertama pelantikan Yang di-Pertuan Agong dilakukan di atas persetujuan Raja negeri-negeri mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.



Sistem penggiliran dalam kala­ngan sembilan Raja-raja Melayu kini memasuki pusingan kedua yang menyaksikan Raja-raja Melayu dari enam negeri telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Tinggal tiga lagi Raja-raja Melayu dari Pahang, Johor dan Perak untuk melengkapkan pusingan kedua sistem penggiliran itu. – AA
Mesyuarat pilih Agong baharu pagi ini Mesyuarat pilih Agong baharu pagi ini Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 24, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...