Menteri sindir Mahathir - Tak akan ada bail out untuk kereta nasional ketiga



Di tengah-tengah kebimbangan terhadap rancangan kerajaan untuk membangunkan kereta nasional baru, Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof memberi jaminan tidak akan ada 'bail out' menggunakan dana awam terhadap projek itu pada masa akan datang.

Menurut FMT, beliau juga menjamin dana awam tidak akan digunakan untuk peringkat pembangunan memandangkan ia akan didanai melalui satu usaha sama strategik dengan pihak swasta.

"Kerajaan tiada niat menjadikan projek ini menggunakan dana awam yang besar," katanya ketika wawancara bersama laman itu.

Redzuan berkata kementeriannya telah menetapkan kriteria spesifik dalam pemilihan rakan strategik untuk projek kereta nasional ketiga itu.

Antaranya, katanya lagi, pihak itu mestilah sebuah pembuat kereta yang sudah kukuh dan mengeluarkan komponen untuk bekalan dan perkhidmatan selepas jualan, serta memiliki kemampuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri.

Dari segi bentuk fizikal kereta, beliau berkata konsep yang akan diterapkan adalah sebuah kereta untuk pasaran massa dengan enjin yang lebih efisien.

"Ia akan menjadi sebuah hibrid berdasarkan enjin pembakaran dalaman... Dari segi rekaan pula, kita kini dalam peringkat cuba untuk memuktamadkan bentuk prototaip, yang akan didedahkan lewat tahun ini, dan ini semua tanpa kita membelanjakan satu sen pun," katanya seperti dipetik.

Redzuan berkata projek kereta nasional ini bukan saja untuk mengeluarkan kereta, tetapi untuk mewujudkan satu ekosistem untuk perkembangan industri, perusahaan dan usahawan tempatan.

Akhir Disember lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata belum ada keputusan dibuat berhubung pelaburan kerajaan dalam projek itu ekoran ia memerlukan perbelanjaan modal yang besar yang tidak diperuntukkan bawah Belanjawan 2019.

Rancangan sebuah lagi projek kereta nasional ini disuarakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada Jun 2018.

Beliau berkata Proton tidak boleh lagi dianggap sebagai kereta nasional kerana hampir seluruh ekuitinya telah dijual kepada syarikat China, Zhejiang Geely Holdings Group. - MK
Menteri sindir Mahathir - Tak akan ada bail out untuk kereta nasional ketiga Menteri sindir Mahathir - Tak akan ada bail out untuk kereta nasional ketiga Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 16, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...